Pembelaan sambung berhujah hari ke tiga - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pembelaan sambung berhujah hari ke tiga


BeritaPUTRAJAYA - Pendengaran rayuan terakhir Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki hari ketiga hari ini apabila peguamnya meneruskan penghujahan untuk meyakinkan Hakim Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria mengetuai panel lima hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong; Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Anwar diwakili 14 peguam diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.

Peguam lain ialah Ramkarpal Singh Deo, Sangeet Kaur Deo, N Surendran, R Sivarasa, J Leela, Latheefa Koya, Lim Choon Khim, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin.

Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu.

Beliau dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Hari ini, Ramkarpal akan meneruskan penghujahan mengenai sampel DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang juga pengadu dalam kes ini.

Muhammad Shafee akan menjawab hujah pembelaan pada sesi petang dan beliau dijangka akan meneruskan hujah pada Jumaat dan kemudian pihak pembelaan akan membalas semula hujah pendakwaan.

Rayuan itu yang pada mulanya ditetapkan selama dua hari mulai 28 Oktober hingga 29 Oktober berlanjutan selama tiga hari dan dijangka selesai esok.

Pada 7 Mac lalu, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar, 67, bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 26 Jun 2008.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. - Bernama
0 Komentar untuk "Pembelaan sambung berhujah hari ke tiga"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI