Zuhdi perjelas mesej WhatsApp - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Zuhdi perjelas mesej WhatsApp

Dr Mohd Zuhdi Marzuki yakin alasan bagi pembocor maklumat yang mendedahkan cetakan skrin WhatsApp adalah untuk memaksa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil tindakan terhadapnya kerana menentang ‘Langkah Kajang'. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Ogos, 2014.
Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki hari ini menjelaskan tentang cetakan skrin mesej kontroversi dalam WhatsApp beliau yang membincangkan senario yang mungkin dihadapi parti jika meninggalkan pakatan pembangkang.

Beliau berkata mesej itu sekadar membayangkan senario itu berdasarkan perkataan diungkapkan oleh beberapa anggota PAS yang tidak berpuas hati dengan DAP berhubung isu penggunaan kalimah Allah, dan serbuan ke atas pertubuhan gereja.

Oleh itu, katanya mesej beliau itu hanya mewakili pandangan beberapa anggota PAS yang mahu keluar daripada Pakatan Rakyat, dan bukannya keputusan atau pendapatnya sendiri.

"Jika saya dapat dedahkan keseluruhan mesej itu, saya pasti ramai yang akan faham apa yang saya maksudkan.
"Bagaimanapun, saya tidak boleh bercakap tentang apa-apa yang dibincangkan dalam kumpulan WhatsApp itu walaupun ada orang yang mendedahkan cetakan skrin itu kepada umum," katanya dalam kenyataan di Shah Alam hari ini.

Zuhdi, dalam perbualan yang dibocorkan itu dikatakan membincangkan dalam rangkaian WhatsApp pemimpin Jawatankuasa PAS Pusat tentang kemungkinan parti bekerjasama dengan Umno di Selangor dan pada masa sama mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR sebagai menteri besar.

Beliau menegaskan mesej beliau itu mungkin disalah tafsir oleh pihak tertentu untuk agensi peribadi mereka.

"Alasan bagi pembocor maklumat (yang mendedahkan cetakan skrin itu) adalah untuk memaksa (presiden) PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil tindakan terhadap saya kerana saya menentang "Langkah Kajang'," katanya.

Pelbagai pendapat diutarakan oleh pemimpin PKR, PAS dan DAP yang membentuk Pakatan Rakyat, berikutan keputusan PKR untuk menggantikan Khalid dengan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Dalam respons segera, Naib Presiden Gerakan Dr Dominic Lau Hoe Chai dalam satu kenyataan berkata, Gerakan dan Barisan Nasional menentang sebarang kemungkinan kerjasama antara PAS dan Umno kerana kerjasama itu tidak lebih daripada sekadar untuk kepentingan politik dan monopoli kuasa.

"Tiada peluang bagi kerjasama di bawah keadaan seumpama itu, dan kami menentang langkah itu kerana ia membelakangkan kepentingan awam,' kata Lau dan menurutnya kepimpinan Pakatan Rakyat wajar menyelesaikan krisis jawatan menteri besar Selangor secara baik. – Bernama, 1 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/zuhdi-perjelas-mesej-whatsapp#sthash.8gyy9sWG.dpuf
0 Komentar untuk "Zuhdi perjelas mesej WhatsApp"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI