PAS kutuk pengedaran surat palsu dakwa keluar Pakatan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PAS kutuk pengedaran surat palsu dakwa keluar Pakatan

Salinan surat palsu yang kononnya ditandatangani Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat. – Gambar The Malaysian Insider, 2 Ogos, 2014.
PAS mengutuk pengedaran surat palsu yang kononnya parti itu membuat keputusan meninggalkan Pakatan Rakyat (PR), kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

"Ini adalah kerja musuh PAS dan PR yang cuba untuk memecahkan PAS dan PR," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider yang turut menerima salinan surat palsu itu.

Surat palsu yang menggunakan kepala surat Pejabat Agung PAS dan ditandatangani Mustafa selaku setiausaha agung itu mula disebarkan pagi ini ketika parti Islam itu dan PR sedang berada dalam konflik berhubung isu penukaran menteri besar Selangor.

Surat palsu yang ditujukan kepada ahli dan pimpinan parti Islam itu memaklumkan mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat semalam membuat keputusan berkenaan.
Sebelum ini, mesej palsu yang mengandungi keputusan Dewan Ulama PAS yang memutuskan agar parti itu keluar daripada PR juga disebarkan.

Surat palsu berkenaan mengatakan Mesyuarat Tergempar AJK PAS Pusat pada 5 Syawal bersamaan 1 Ogos semalam membuat keputusan untuk menarik diri daripada PR.

"Keputusan ini diambil selepas membuat pertimbangan sewajarnya demi menjaga maruah PAS yang dipandang rendah dan hina oleh DAP selain bertujuan menjaga maslahah ummah yang semakin hari semakin meruncing bahana perbuatan DAP dan ahlinya," tulis surat itu.

Mustafa menjelaskan, PAS terus kekal dengan keputusan untuk mengadakan mesyuarat pada 10 Ogos ini bagi membincangkan kedudukan menteri besar Selangor.

Mesyuarat ini diadakan selepas Majlis Presiden PR diberitahu secara rasmi oleh PKR mereka mahu menukar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. – 2 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-kutuk-pengedaran-surat-palsu-dakwa-keluar-pakatan#sthash.iPmxfWjJ.dpuf
0 Komentar untuk "PAS kutuk pengedaran surat palsu dakwa keluar Pakatan "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI