ISMA kesal sikap hina diri PAS berdepan tekanan DAP - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

ISMA kesal sikap hina diri PAS berdepan tekanan DAP




BANGI, 31 Julai – Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman melahirkan rasa kesal beliau terhadap sikap menghina diri PAS apabila berhadapan dengan tekanan parti chauvinis DAP.
“Keadaan ini memperlihatkan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat seperti melukut di tepi gantang,” ujar Ustaz Abdullah.
Menurut beliau, sikap PAS yang menghina diri dengan asakan-asakan DAP bukan menggambarkan sifat umat Islam yang izzah dan berani berdiri sendiri, dan sifat demikian berpotensi untuk memusnahkan Islam dan Melayu jika PR berkuasa kelak.
PAS ketika ini sedang berhadapan dengan pelbagai tekanan daripada DAP, Anwar Ibrahim dan kumpulan pro-liberal di dalam PAS sendiri ekoran kontroversi perebutan kerusi Menteri Besar Selangor dan isu kebocoran mesej dalam WhatsApp AJK PAS Pusat.
“Tindakan DAP mahu memaksakan kehendak mereka ke atas PAS adalah bukti kesombongan dan keangkuhan mereka,” tambah Ustaz Abdullah.
Beliau berkata lagi, inilah antara kejayaan tahaluf siyasi yang dikepalai Anwar iaitu untuk menghapuskan semangat berani berdiri sendiri daripada PAS.
0 Komentar untuk "ISMA kesal sikap hina diri PAS berdepan tekanan DAP"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI