Pemimpin tertinggi Pakatan komited kukuhkan persefahaman, setiakawan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pemimpin tertinggi Pakatan komited kukuhkan persefahaman, setiakawan

Barisan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat berjanji untuk komited mendepani semua isu berbangkit mutakhir ini terutama isu jawatan menteri besar Selangor berteraskan nilai sejagat yang dikongsi bersama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Ogos, 2014.
Walaupun terdapat perselisihan faham di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk menggantikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pemimpin tertinggi parti hari ini bersetuju untuk terus bekerjasama dalam memperkukuh ikatan dan menyelesaikan masalah sedia ada.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, PR komited mendepani isu berbangkit mutakhir ini secara kolektif, berani dan berprinsip dengan berteraskan nilai sejagat yang dikongsi bersama.

"Menyedari mutakhir ini timbul perselisihan faham di kalangan anggota parti komponen PR terutama berkisar isu kepimpinan di Selangor yang masih dalam proses penyelesaian, PR beriltizam mengukuhkan persefahaman dan setiakawan koalisi politik dalam kerangka dasar bersama kami.

"(Kami) memahami suara dan hasrat rakyat memberikan mandat kepada PR dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu untuk mentadbir tiga negeri," kata mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Semalam, Pemuda PR Negeri Perak menyeru semua ahli dan pimpinan parti kekal bersatu meneruskan amanah yang diberi rakyat untuk memerintah selepas dipilih pada dua pilihan raya umum lalu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Raja Iskandar Al-Hiss, Ketua DAPSY Wong Kah Woh dan Ketua Angkatan Muda PKR Perak Zafril Mohd Eusoff berkata inilah masanya bagi semua pimpinan parti menunjukkan kepimpinan parti mampu menangani krisis politik.‎

“Pemuda PR Perak menyeru semua ahli Pakatan bersatu dan bertegas supaya jangan kita membenarkan Barisan Nasional (BN) dan Umno memiliki senyuman terakhir.‎

“Sudah sampai masa PR membuktikan kita mampu dan mempunyai hasrat politik untuk menangani krisis dan cabaran di hadapan kita,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.‎

Pemimpin tertinggi PR itu juga percaya keutuhan perjuangan yang selama ini didukung parti mampu membawa perubahan dan agenda reformasi dalam persada politik, sosial dan ekonomi di Malaysia. ‎

"Kami juga komited memenuhi amanah dan menggalas tanggungjawab yang diberikan rakyat," kata pemimpin tertinggi PR itu.

Sebelum ini Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan jika Khalid digantikan, ia mestilah daripada PKR dan bukan PAS.

Krisis menteri besar Selangor menimbulkan pergolakan dalam PR selepas presiden PAS menyokong secara terbuka agar Khalid kekal sebagai menteri besar sebelum parti itu berbincang pada 10 Ogos sama ada mahu menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau tidak.

Krisis bertambah buruk apabila perbincangan mesej kumpulan WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang mencadangkan parti Islam itu keluar PR tersebar.

Perbincangan WhatsApp itu mendedahkan Dr Mohd Zuhdi Marzuki mencadangkan kemungkinan PAS bekerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dan pada masa yang sama mengekalkan Khalid sebagai menteri besar.

PAS sendiri berpecah dalam isu menggantikan Khalid dengan Dr Wan Azizah kerana dua sebab iaitu beliau seorang wanita yang menyebabkan beberapa pemimpin negeri tidak selesa dan beliau tidak boleh membuat keputusan kerana Anwar adalah suaminya.

Semalam Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meminta semua parti politik menyatakan pendirian mereka sama ada wanita boleh dilantik sebagai menteri besar sebelum bercakap tentang menggantikan ketua eksekutif Selangor. – 2 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemimpin-tertinggi-pakatan-komited-kukuhkan-persefahaman-setiakawan#sthash.Y4jJworA.dpuf
0 Komentar untuk "Pemimpin tertinggi Pakatan komited kukuhkan persefahaman, setiakawan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI