Selangor masih berisiko jika ada pilihan raya negeri, kata pakar perundangan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Selangor masih berisiko jika ada pilihan raya negeri, kata pakar perundangan

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendapat sokongan majoriti sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu. Gambar fail The Malaysian Insider.Krisis menteri besar Selangor masih belum berakhir kerana Sultan Selangor masih boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan semula untuk menyelesaikan krisis kempimpinan di negeri itu atas nasihat penyandang Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata pakar perundangan.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Ahad lalu menerima undi sokongan majoriti dinamakan Pakatan Rakyat sebagai calon menteri besar menggantikan Khalid.

Peguam Abdul Shukor Ahmad berkata merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan pada 2010 Nizar lwn Zambry dalam krisis perlembagaan Perak, pemerintah sesebuah negeri mempunyai pilihan mengarahkan peletakan jawatan menteri besar kerana hilang sokongan majoriti ahli DUN.

Secara alternatif, Syukur berkata Sultan boleh memanggil sidang tergempar dan mengarahkan menteri besar menguji sokongan di DUN.
"Sekiranya menteri besar hilang sokongan undi, beliau perlu meletakkan jawatan. Sultan juga boleh membubarkan DUN sekiranya Tuanku menerima saranan menteri besar," katanya kepada The Malaysian Insider. – 20 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selangor-masih-berisiko-jika-ada-pilihan-raya-negeri-kata-pakar-perundangan#sthash.xcbw8EWA.dpuf
0 Komentar untuk "Selangor masih berisiko jika ada pilihan raya negeri, kata pakar perundangan "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI