Lebih Banyak PAS Bercakap Lebih Banyak Keburukan PR Terserlah - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Lebih Banyak PAS Bercakap Lebih Banyak Keburukan PR Terserlah

Terima kasih kerana memberikan pencerahan serba sedikit. Bukan untuk aku. Tapi untuk peng-anti2 aku. Aku dah tahu serba sedikitnya. Atau hampir tahu secara keseluruhan kemelut di Selangor. Kalau boleh aku huraikan begini.

3 parti yang bersepakat berusaha menjaga kepentingan masing2. Kemudian parti yang terkenal dengan panggilan keadilan ada krisis peribadi dengan MB dari parti mereka. Dia mencari jalan, dan membentuk strategi terbaik untuk menyingkirkan individu tersebut. Bacaan politik ;

- Kerana individu tersebut ada pengaruh dari sokongan rakyat.
- Kerana individu tersebut penghalang kepada bargain power.
- Kerana individu tersebut kunci kepada rizab Selangor.

Rizab Selangor bukan dalam bentuk liquid semata2 ye. Tapi pemilikan aset, hartanah, pelaburan, bon dan wang tunai.

Dari pihak istana pula, lue fikirlah sendiri. Aku nampak selain dari kegiatan belakang tabir sesetengah parti (yang boleh dijadikan isu untuk musnahkan kredibliti parti tersebut) ia juga merupakan satu strategi yang boleh digunakan oleh BN untuk mendapatkan kembali Selangor melalui peranan pihak2 tertentu. Tapi kan, ia memerlukan musuh kau untuk melakukan kesalahan sebelum kau boleh berpropaganda melalui kelemahan2 mereka. Politik itu bukan jalan lurus dan bukan juga jalan bengkok yang berhad. Ia tanpa had, tande sempadan, kau tak boleh baca sebab kau tak nampak penghadang mereka dengan jelas. Semuanya transparent.

Haha.

Tadi. Khalid Samad telah membuktikan sesuatu.

Katanya ;

PKR tidak mahu meletakkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) walaupun mempunyai rekod yang cemerlang, kata pemimpin PAS Khalid Samad. (1)

Ahli Parlimen Shah itu berkata, PAS tidak bersetuju kerana khuatir kesan keputusan itu terhadap pilihan raya. (2)

"Ketika PRU13, PKR memaklumkan kepada PAS mereka tidak lagi mahu Khalid bertanding," katanya pada satu forum malam tadi.

"Pemimpin PAS bagaimanapun tidak bersetuju dengan PKR kerana tanpa Khalid, rakyat Selangor akan mula membuat spekulasi siapa bakal menteri besar. (3)

"Itu mungkin mengakibatkan Pakatan Rakyat kehilangan negeri terkaya di Malayasia kerana pengundi khuatir PAS dan DAP mungkin mengetuai Selangor,” katanya. (4)

Khalid berkata, derdasarkan faktor itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju meletakkan Khalid Ibrahim sebagai calon pilihan raya.  (5)

1. Mengaku TSKI cemerlang dalam pentadbirannya ek?

Harga yang dibayar TSKI kerana menjadi cemerlang.


Pengajaran yang pertama : Jangan mempunyai rekod yang cemerlang. Lebih baik jika anda kerja biasa2 aje ataupun berniat nak jadi duta. Next PRU kita boleh menjadi calon PRU semula.

Pengajaran yang kedua : Jangan menyerlahkan kecemerlangan anda sehingga menenggelamkan boss anda yang pernah menjadi menteri kewangan yang paling berwibawa di seluruh dunia. Kalau dia buat satu2 usul, mesti idea dia sorang aje, takde kerjasama dan analisa dari orang lain, so hanya dia je yang layak dapat pujian dan kredit. Tapi bila terkait akan sesuatu usul yang merugikan rakyat, dia tak salah, mesti orang lain yang salah.

Pengajaran yang ketiga : Jika anda tak mampu ubah sistem / cara partisan berfikir, maka sertai la pemikiran bangang mereka.

Pengajara yang keempat : Jangan bebaskan diri dari rasuah. Family rasuah duduk bersama, jika ada yang bersih, anda bukan family tapi musuh.'

2. Menggunakan pengaruh Khalid untuk memenangi PRU ke 13 ek?

3. PAS yang bagi harapan dan sokongan pada Khalid ek? Dah tue kenapa Husam bantai TSKI bukan bantai PAS?

4. Sebab takut hilang Selangor jadi sanggup gunakan Khalid ek?

5. Habis sepah madu dibuang ek? Jap, TSKI masih lagi diperlihatkan seperti madu. Yang nampak macam sepah tue sapa? Rasanya rakyat kot. Habis terjerit bergaduh dan memusuhi sesama rakyat miskin, ada yang sanggup putus sedara, ada yang sanggup bergaduh, ada yang sanggup tak bertegur, ada yang sanggup tak p kenduri, ada yang sanggup putus kawan, dan akhirnya kita dipergunakan oleh mereka sebagai alat mencapai kuasa ek?

Tahniah.

Teruskan bergaduh sesama sendiri wahai rakyat tertindas. Ahli politik PR dan BN tengah tepuk tangan melihat kebodohan rakyat mudah dipergunakan dalam apa2 jua isu.

AMENO WORLD
http://www.amenoworld.net

0 Komentar untuk "Lebih Banyak PAS Bercakap Lebih Banyak Keburukan PR Terserlah"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI