SHAH ALAM - Biduanita tanah air, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 1.26 pagi tadi di Hospital Pakar Damansara.

Allahyarhamah meninggal dunia pada usia 61 tahun akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Allahyarhamah dibawa ke hospital Isnin lalu selepas mengalami kesukaran bernafas sebelum dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital sama, keesokan harinya.

Dilaporkan, Allahyarhamah menghidap fibrosis paru-paru sejak dua tahun lalu dan kira-kira lima bulan lalu pernah dijangkiti virus Influenza A (H1N1).

Menerusi laporan sebuah portal, jenazah Allahyarhamah akan disembahyangkan di Masjid Al Taqwa Taman Tun Dr Ismail dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara Kuala Lumpur pagi ini.

Al-Fatihah.