Piala Dunia: Brazil sah tiket separuh akhir kecewakan Colombia - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Piala Dunia: Brazil sah tiket separuh akhir kecewakan Colombia

BRAZIL 2
(Thiago Silva, m-7,
David Luiz, m-69) 

COLOMBIA 1


(James Rodriguez, m-80)


FORTALEZA: Satu rembatan padu hasil sepakan percuma daripada David Luiz membantu Brazil membenamkan Colombia 2-1, awal pagi tadi dan sekali gus menempah tiket ke separuh akhir bertemu Jerman buat menggapai cita-cita besar memburu gelaran Piala Dunia keenam.

Kapten pasukan, Tiago Silva menolak masuk gol pertama hasil sepakan percuma yang diambil oleh Neymar untuk meletakkan tuan rumah mendahului pada minit ketujuh dalam perlawanan suku akhir di Stadium Casteloa, di sini sebelum rembatan dari jarak 30 meter pada babak kedua mengukuhkan cengkaman anak didik Luiz Felipe Scolari.

Colombia yang tidak banyak menyengat pada babak pertama berjaya merapatkan jurang pada minit ke-80 menerusi sepakan penalti yang juga gol keenam baginya dalam kejohanan selaku penjaring terbanyak setakat ini. 
Namun, penyokong Brazil harus gelisah selepas ayam tambatan mereka, Neymar terpaksa diusung keluar selepas dikasari lawan pada lewat babak permainan tapi tuann rumah berjaya mengekalkan kedudukan sehingga wisel penamat.

Brazil akan berentap Jerman yang menewaskan Perancis 1-0 dalam satu lagi perlawanan peringkat sama di Stadium Maracana, Rio de Janeiro. - AFP


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PialaDunia_BrazilsahtiketseparuhakhirkecewakanColombia/pialadunia/Article/index_html
0 Komentar untuk "Piala Dunia: Brazil sah tiket separuh akhir kecewakan Colombia"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI