JENAYAH & MAHKAMAH : JUMAAT 14 OGOS 2009 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

JENAYAH & MAHKAMAH : JUMAAT 14 OGOS 2009

Kesan tapak kasut di bawah tingkap
SHAH ALAM 13 Ogos - Kesan tapak kasut berukuran lebih kurang sembilaninci (22.8 sentimeter) ditemui di bahagian bawah tingkap tempatSetiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock dipercayai jatuh dandijumpai mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di sini pada 16Julai lalu.


Teori peguam mayat Beng Hock mungkin diseret
SHAHALAM 13 Ogos - Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock mungkintelah diseret dari arah sisi sebelum mayat mendiang dijumpai di koridortingkat lima, Plaza Masalam di sini.

Eja dibayar RM15,000 untuk penggambaran iklan sehari
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Seorang pengurus akaun memberitahu MahkamahSesyen di sini hari ini bahawa pelakon Eja pernah dibayar sebanyakRM15,000 untuk menghadiri penggambaran iklan televisyen dan cetak sertasiaran akhbar yang diadakan selama sehari.

Bicara kes nafkah anak AC Mizal 3 Dis.
KAJANG 13 Ogos - Perbicaraan permohonan bekas isteri pengacara AkademiFantasia , AC Mizal untuk mengubah perintah nafkah dua anak mereka akandiadakan di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 3 dan 7 Disember ini.

KDRM rampas barangan seludup RM175 juta
KUALA TERENGGANU 13 Ogos - Kastam Diraja Malaysia (KDRM) merampaspelbagai jenis barangan seludup yang bernilai kira-kira RM175 jutasejak awal tahun ini.

Noordin Mat Top: Kawalan pintu masuk diketatkan
KUALALUMPUR 13 Ogos - Polis kini meningkatkan kawalan di semua pintu masukbagi memastikan penjenayah paling dikehendaki di rantau Asia, NoordinMat Top tidak bolos ke negara ini.

Lelaki gagal samun doktor, ditangkap
KUALALUMPUR 13 Ogos – Tindakan pantas pihak polis membanteras jenayahberhasil apabila seorang lelaki yang cuba menyamun seorang doktor disebuah klinik di Taman Connaught di sini diberkas semalam.

Dakwaan berdasar cakap orang
SHAHALAM 13 Ogos - Polis hari ini memaklumkan dakwaan yang dibuat AhliParlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong bahawa terdapat Exco Selangorterlibat serta mempunyai hubungan dengan kumpulan kongsi gelap hanyaberdasarkan cakap-cakap orang.

Tee Keat buat laporan polis terhadap King Sing
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keathari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Eksekutif Kuala DimensiSdn. Bhd. (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing atas kenyataan berbaurfitnah bahawa beliau menerima sumbangan RM10 juta untuk aktiviti partiMCA tahun lalu.

Pasukan khas SPRM siasat skandal PKFZ
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)telah menubuhkan satu pasukan penyiasat yang dianggotai seramai 30anggota berhubung isu rasuah membabitkan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang(PKFZ).

DAP Kedah lapor SPRM kes wang
ALOR SETAR 13 Ogos - DAP Kedah hari ini membuat laporan berhubungdakwaan Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn. Bhd.(KDSB), DatukSeri Tiong King Sing terhadap Datuk Seri Ong Tee Keat bahawa beliautelah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA itu untuk kegunaanbahagian-bahagian parti, tahun lalu.

Lagi mayat bayi ditemui di tandas sekolah
POKOKSENA 13 Ogos - Lagi penemuan mayat bayi di tandas sekolah di negeriini. Kurang dua minggu selepas penemuan mayat seorang bayi perempuan didalam tandas sebuah sekolah agama di Gurun pada 2 Ogos lalu, kes hampirsama berlaku pula di sebuah sekolah menengah di sini.








Inkues Teoh Beng Hock: 'Teoh mungkin diseret dari tepi'
SHAHALAM: Seorang saksi forensik polis memberitahu Mahkamah Koroner di sinisemalam, beliau tidak menolak kemungkinan Teoh Beng Hock diseret atauditarik seseorang dari tepi berikutan ada kesan geseran pada sebelahkanan tapak kasutnya yang ditemui di tempat kejadian.

Tiada kesan pergelutan ditemui di kawasan tingkap
SHAHALAM: Mahkamah Koroner di sini, semalam diberitahu satu kesan menyamaitapak kasut yang tidak begitu jelas ditemui pada bahu tingkap tempatTeoh Beng Hock dipercayai terjatuh melaluinya, di pejabat SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di tingkat 14, PlazaMasalam, di sini.

Mayat bayi ditemui di tandas sekolah
ALORSETAR: Mayat seorang bayi lelaki ditemui di dalam pengepam mangkuktandas oleh seorang pencuci tandas di bilik air pelajar lelaki SekolahMenengah Sains Pokok Sena dekat sini, pagi semalam.

Bapa ketagih arak kelar tangan anak
TEMERLOH:Akibat ketagihan arak, seorang bapa bertindak nekad menggelar tangankiri anak lelaki selepas ugutannya untuk mendapatkan wang tidakdiendahkan isterinya, petang kelmarin.

Lelaki ugut racun keluarga, jiran
KUALATERENGGANU: Seorang lelaki berusia 35 tahun dimasukkan ke WadPsikiatrik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini kelmarinselepas mengamuk dan mengugut untuk meracun ahli keluarga sertajirannya, Selasa lalu.

RM10,000 hadiah tangkap kegiatan seludup gula
KANGAR:Orang ramai yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya mereka yangmenjalankan kegiatan menyorok dan menyeludup gula akan menerimaganjaran sehingga RM10,000.
0 Komentar untuk "JENAYAH & MAHKAMAH : JUMAAT 14 OGOS 2009"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI