Benazir dakwa ribuan penyokongnya ditahan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Benazir dakwa ribuan penyokongnya ditahan

ISLAMABAD 8 Nov. – Parti Rakyat Pakistan (PPP) pimpinan Benazir Bhutto hari ini mendakwa polis menangkap beribu-ribu aktivis parti itu, malam tadi.

“Mereka menyerbu rumah-rumah aktivis kami di seluruh Punjab sepanjang malam tadi.

“Bilangan penyokong yang ditangkap kini mencecah beribu-ribu orang,” kata jurucakap PPP di wilayah Punjab, Farzana Raja.

Polis yang telah pun menahan ratusan peguam dan tokoh pembangkang lain sejak perintah darurat dikenakan dan perlembagaan digantung pada Sabtu lalu, menafikan mereka menangkap penyokong Benazir.

PPP merancang mengadakan rapat umum di Rawalpindi esok bagi membantah perintah darurat itu dan Benazir sendiri mengancam untuk menganjurkan perarakan besar-besaran pada 13 November melainkan Pervez meletak jawatan.

Indeks pasaran saham Karachi yang jatuh 4.6 peratus pada Isnin lalu berikutan perintah darurat tersebut, merosot 1.2 peratus lagi awal hari ini kerana ancaman Benazir yang mencetuskan kebimbangan mengenai pergolakan politik berlarutan.

– Reuters

Related Post

  • POLITIK : RABU 12 OGOS 2009Pemuda Perak kecam DAPIPOH 11 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO negeri hari ini berdemonstrasi diPejabat DAP Perak di sini b…
  • AGAMA : KHAMIS 13 OGOS 2009Keperibadian ahli hadisImam Al-SyafieAhli Perkim digalak amalkan tai chiISLAM menggalakkan penganutnya supaya mempunyai …
  • HIBURAN : KHAMIS 13 OGOS 2009Pengalaman mematangkan ShilaKEHADIRANNYA di persada seni tanah air pada tahun 1999 lewat menerusialbum pertamanya, Terim…
  • NASIONAL : RABU 12 OGOS 20096 maut hidu ammoniaKUALA SELANGOR 11 Ogos - Enam maut dan lima lagi tidak sedarkan diriakibat terhidu gas ammonia dalam …
  • Ustaz Asri Rabbani meninggal duniaUstaz Asri Rabbani meninggal dunia Oleh KEITH JONATHAN DEUNTZER dan SHAHRIL ADZRIN Tinggal kenangan..Asri (…
0 Komentar untuk "Benazir dakwa ribuan penyokongnya ditahan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI