JELAS dan lantang. Itulah antara mesej yang kita boleh garap daripada inti pati ucapan dasar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Perhimpunan Agung Umno 2007, kelmarin. Presiden Umno menekankan mengenai soal tolak ansur rakyat pelbagai kaum tanpa perlu mengorbankan kontrak sosial dalam proses menuju ke arah 100 tahun kemerdekaan, menjelang 2057. Beliau mengajak orang Melayu bangkit menggerakkan perjuangan fasa kedua 50 tahun akan datang dengan memastikan bangsa Melayu mentakrif masa depan Malaysia berdasarkan keyakinan, kekuatan dan keupayaan baru. Satu program terpenting dalam fasa itu adalah pembangunan koridor ekonomi iaitu pendekatan baru bagi menjana pembangunan ekonomi yang lebih menyeluruh dan bersepadu. Pembangunan ekonomi koridor Selatan, Utara, Timur serta Sarawak dan Sabah itu, mempunyai impak dari segi pemikiran kerana ia menyokong langkah mewujudkan 'towering Malays' iaitu untuk melahirkan anak Melayu yang tidak gentar bersaing di dunia luar. Perdana Menteri turut merungkaikan permasalahan antara kaum apabila dengan nada lembut, tetapi tegas menyatakan perkara asas mengenai kesucian agama, kepercayaan dan amalan serta kepentingan orang Melayu seperti yang dipersetujui dalam Perlembagaan Persekutuan tidak perlu diungkit. Kenyataan itu menerima tepukan gemuruh perwakilan, menandakan sokongan mereka terhadap pendekatan tidak berkompromi Abdullah terhadap isu membabitkan orang Melayu dan Islam. Pemimpin kanan semua 14 parti komponen Barisan Nasional (BN) yang hadir sama mendengar ucapan itu hendaklah menerima mesej ini dengan jelas dan memperjelaskan pula kepada ahli mengenai usaha mengukuhkan persefahaman dan mengelak tercetus sebarang kontroversi berkaitan kaum dan agama. Kaum lain perlu faham bahawa perkara asas yang dipersetujui ketika Perlembagaan Persekutuan digubal itu tidak boleh dirundingkan lagi. Ketegasan Abdullah diharap bukan saja meletakkan titik noktah kepada isu perkauman, malah menangkis sebarang dakwaan kononnya Umno cuma mementingkan kaum tertentu. Seperti kata Abdullah, Umno tidak mengamalkan sifat lidah bercabang iaitu bernada lain di hari siang, lain pada hari malam seperti makhluk dua alam yang bertukar warna berasaskan suasana.
Kita meletak harapan tinggi bahawa selepas ini, jika wujud sebarang perselisihan faham membabitkan kaum perlu diselesaikan di meja rundingan dan biarlah pemimpin BN mencari jalan terbaik merungkai segala permasalahan tanpa perlu dihebohkan melalui media, termasuk dalam blog di internet. Semua pihak termasuk pembangkang perlu bertanggungjawab kerana ketegangan kaum boleh menggugat keharmonian dan kestabilan politik. Kepada orang Melayu dan ahli Umno, mereka perlu menghayati ucapan yang penuh dengan mesej penting bertemakan 'Memperkukuh Keyakinan - Meneroka Era Baru' itu sebagai panduan dan pengajaran. Ingatlah fasa kedua yang akan ditempuhi 50 tahun akan datang atau nasib bangsa pada 2057, ketika negara meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-100, ditentukan dengan apa yang Umno dan orang Melayu lakukan hari ini. Untuk melonjakkan bangsa Melayu 50 tahun akan datang, komponen pembangunan negara perlu dilengkapkan dengan usaha membina gagasan kukuh dalam jiwa raga insan. Sementara kita boleh berbangga dengan nostalgia 50 tahun lalu, kita juga perlu mengangkat martabat Melayu untuk berfikiran lebih terbuka dan segala nilai negatif dan 'minda beracun' perlu dihapuskan supaya sasaran bangsa Melayu untuk dijadikan bangsa gagah perkasa, berilmu dan menguasai teknologi serta berbudaya tinggi, tercapai.
BERITA INFORMASI TERKINI
Related Post
Azwan Ali dibayar Astro ‘bikin panas’ MasterChef AZWAN Ali hari ini mendedahkan bahawa dirinya dibayar oleh pihak Astro untuk mencetuskan suasana panas d…
PAC sokong maklumat projek kampus UiTM didedah KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mahu kerajaan mendedahkan kepada umum enam projek konsesi p…
Ugutan dipercayai ada kaitan Madrasah Salihiah ALOR SETAR - Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah mendakwa, ugutan terhadapnya …
Tawar latihan kepada gelandangan MARAN - Kementerian Sumber Manusia bersedia menawarkan latihan kemahiran kepada golongan gelandangan di pusat-pusat l…
Piala Dunia: Brazil hadiahkan Belanda tempat ketiga BRASILIA: Kepincangan benteng pertahanan Brazil sekali lagi terpancar pada perlawanan penentuan tempat ketiga apabila t…
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
Oleh AZLINARIAH ABDULLAH (WARTAWAN UTUSAN) KONFLIK di Darfur, perang di Iraq, pertikaian di Kashmir, kemelut di Afghanistan dan krisis susu...
-
Langkawi now offers helicopter rides to tourists LANGKAWI: Tourists to Langkawi can now enjoy a helicopter ride to several destinat...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
http://ruangbicarapriamalaya.blo ... ahathir-mazhar.html http://www.facebook.com/mazhar84
-
PETALING JAYA: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Mohd Zuber Embong menolak usul undi tidak percaya terhadap Menteri B...
-
DATUK ZAINAL ABIDIN BORHAN. MUKADIMAH Baru-baru ini Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo telah menunaikan “janji” pad...
-
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/tampil-menawan-setiap-masa-1.182525 Pengurus Besar Johnson & Johnson Malaysia dan Singapura,...
-
Taiwan hantar 4,000 askar tambahan CISHAN, Taiwan 13 Ogos – Tentera Udara Taiwan hari ini menghantar 4,000anggota tambahan untuk membantu me...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
-
SHAH ALAM: PAS bertekad tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen yang parti itu menangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada rakan pe...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin
0 Komentar untuk "Melayu mesti yakin, sedia teroka era baru"