Empat aktivis anti-Pervez didakwa menderhaka - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Empat aktivis anti-Pervez didakwa menderhaka

KARACHI 8 Nov. – Pakistan hari ini mendakwa tiga ahli politik dan seorang pemimpin kesatuan sekerja atas tuduhan melakukan penderhakaan kerana membuat ucapan menentang perisytiharan darurat oleh Presiden Jeneral Pervez Musharraf.

Keempat-empat mereka direman selama dua minggu oleh sebuah mahkamah di Karachi, dua hari selepas mereka ditangkap kerana mengkritik Pervez dalam ucapan di sebuah kelab akhbar.

Dakwaan penderhakaan atau hasutan boleh menyebabkan mereka dihukum mati.

Mereka terdiri daripada pemimpin nasionalis Baluch, Hasil Bizenjo; ketua wilayah, Ayub Qureshi; Naib Presiden Parti Pekerja Nasional, Yusuf Mustikhan; dan pemimpin kesatuan sekerja, Liaquat Sahi.

Mereka juga didakwa mengedarkan risalah yang menentang perintah darurat yang diisytiharkan oleh Pervez.

Polis Karachi semalam telah mendaftarkan dakwaan hasutan terhadap lapan peguam termasuk seorang wanita kerana menghasut orang ramai menentang perintah darurat tersebut.

– AFP

Related Post

  • NASIONAL : AHAD 23 OGOS 2009H1N1: Pasukan khas ditubuhKUALA LUMPUR 22 Ogos – Satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasatsemula jumlah kematian yang …
  • NASIONAL : SELASA 25 OGOS 2009SPRM tak terlibatSHAH ALAM 24 Ogos – Tiada sebarang bukti mahupun fakta baru diperolehhasil siasatan yang dijalankan ole…
  • Imej raksasa legenda di Google?Imej raksasa legenda di Google?GAMBAR menunjukkan imej raksasa yang didakwa Loch Ness (dalam bulatan) di Google Earth. …
  • 'Jangan sensasikan kes anak saya''Jangan sensasikan kes anak saya'Oleh KUMARA SABAPATTYkumara.sabapatty@kosmo.com.my SHUKARNOR menerangkan nasib yang men…
  • Beng Hock lulus projek palsuBeng Hock lulus projek palsu Mohd. Anuar SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam membongkar …
0 Komentar untuk "Empat aktivis anti-Pervez didakwa menderhaka"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI