ISLAMABAD: Bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto yang mengetuai Parti Rakyat Pakistan (PPP), menolak larangan kerajaan dengan meneruskan rancangan mengadakan rapat umum di Rawalpindi, pinggir Islamabad, hari ini sebagai membantah perintah darurat diisytiharkan Presiden Pervez Musharraf, Sabtu lalu.
Pendiriannya itu dibuat selepas Islamabad mengumumkan akan mengadakan pilihan raya umum Februari depan dan perintah darurat itu dibatalkan dalam masa sebulan dua lagi.
Pengumuman Peguam Negara, Malik Mohammad Qayyum dibuat selepas sekutu utama Musharraf, Presiden Amerika Syarikat George W Bush menghubungi pemimpin Pakistan itu buat kali pertama dan menggesanya mengadakan pilihan raya serta berundur sebagai Panglima Tentera.
Benazir turut mengancam mengadakan perarakan konvoi beramai-ramai dari Lahore pada 13 November ini, kecuali Musharraf berundur.
Polis sudah memberi amaran yang sebarang perarakan parti diharamkan berikutan perintah darurat serta mendakwa wujudnya pengebom bunuh diri yang berhasrat meletupkan diri pada acara sedemikian.
"Semua bentuk rapat umum dan perarakan diharamkan kerana kita menerima laporan perisikan yang sekurang-kurangnya tujuh atau lapan bakal pengebom bunuh diri dapat menyusup masuk ke Punjab," kata Ketua Polis Rawalpindi, Saud Aziz.
"Kami tidak mahu kejadian serangan bunuh diri di Karachi, berulang," katanya merujuk kejadian cubaan bunuh Benazir yang sebaliknya meragut sekurang-kurangnya 139 nyawa, bulan lalu.
Parti Benazir itu mendakwa polis sudah membuat lebih 3,000 tangkapan setakat ini, dan terbaru membabitkan penyokong parti itu yang dibuat sejak malam kelmarin.
"Lebih 600 aktivis parti ini ditahan menyebabkan ramai pemimpin parti terpaksa bersembunyi. Malah operasi tangkapan itu masih diteruskan anggota keselamatan," kata seorang pemimpin PPP, Raza Rabbani.
Polis sebaliknya mendakwa mereka cuma menahan 140 pekerja PPP.
Polis sudah menahan beratus-ratus peguam, pemimpin pembangkang dan aktivis prodemokrasi selepas Musharraf menguatkuasakan undang-undang tentera dan menggantung Parlimen.
Semalam, polis mendakwa empat orang - tiga ahli politik dan seorang pemimpin kesatuan sekerja yang dituduh pembelot yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan, kerana membuat ucapan membantah perintah darurat berkenaan.
Mereka adalah pemimpin nasionalis Baluch, Hasil Bizenjo, ketua cawangan partinya, Ayub Qureshi, Naib Presiden Parti Pekerja Kebangsaan, Yusuf Mustikhan dan pemimpin Kesatuan Sekerja, Liaquat Sahi yang ditahan reman sejak dua hari lalu, turut dituduh mengedarkan risalah membantah tindakan Musharraf.
Tindakan polis itu menyusuli kes fitnah yang difailkan kerajaan ke atas lapan peguam, termasuk seorang wanita atas dakwaan menghasut rakyat menentang perintah darurat. Semua peguam itu kini menyembunyikan diri.
Pasaran saham Karachi susut 1.8 peratus semalam berikutan ancaman Benazir meneruskan rancangan rapat umum itu. � Reuters/AFP
BERITA INFORMASI TERKINI
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
KAHERAH - MESIR. Tentera Mesir, kelmarin memusnahkan lima lagi terowong di kawasan Gerbang Salah Ed-Deen, timur Rafah di selatan Gentin...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
LGE said:: BN and UMNO conducts the Teluk Intan by-election in the same manner they run the country, by appealing to your worst fears and u...
-
Berikut adalah keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 di Sabah. P.167 KUDAT Pengundi: 52,251 (M-6.41%, C-9.39%, I-0.16%, B-72.84%...
-
KUALA LUMPUR - Salah faham mengenai hudud timbul kerana ia tidak disebut bersekali dengan takzir yang juga sebahagian daripada Undang-un...
-
http://informasi.phpbb3now.com/viewtopic.php?f=219&t=15938 Police force needs to be bolder and ready to face change KUALA LUMPUR:...
-
Oleh Roslan SMS Saya telah sebutkan sebelum ini dan hari ini terbukti serangan DAP ke atas PAS masih berterusan. The Star Online melap...
-
LUMRAH sebagai selebriti, setiap perkara yang dilakukan, sering menjadi perhatian masyarakat khususnya peminat. Malah, kecanggiha...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin




0 Komentar untuk "Benazir anjur rapat umum"