Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata walaupun kebebasan dijamin dalam Perlembagaan, tetapi tidak sampai melanggar hukum yang wujud dalam agama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 November, 2014.
Kebebasan di dalam Perlembagaan tidak harus disalah tafsir sehingga menjejaskan dan mengakibatkan pelanggaran hukum-hakam Islam, kata Tan Sri Dr Harussani Zakaria.
Mufti Perak itu berkata Islam jelas melarang lelaki berpakaian seperti wanita atau perlakuan sebaliknya kerana tingkah laku sedemikian akan mengundang kemurkaan Allah.
"Walaupun ada kebebasan dalam Perlembagaan, tetapi tidak sampai melanggar hukum yang wujud dalam agama.
"Sebagai contoh, kebebasan bersuara tidak begitu bebas sekali sehingga boleh mencaci raja dan sebagainya. Begitu juga pakaian yang tidak senonoh boleh ditangkap dari segi undang-undang,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas tiga lelaki transgender yang berjaya dalam rayuannya meletakkan enakmen agama Islam Negeri Sembilan menghalang lelaki Islam berpakaian dan berkelakuan seperti wanita tidak berperlembagaan.
Semalam, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus berkata, Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah melanggar Artikel 5, 8, 9, dan 10 Perlembagaan Persekutuan.
Hakim berkata Perlembagaan diwujudkan bagi melindungi minoriti dari kezaliman majoriti selain mendapati hakim Mahkamah Tinggi membuat kenyataan dan dapatan yang bertentangan dengan bukti dan dicemari prasangka peribadi yang tidak saintifik.
Harussani berkata, lelaki yang mengenakan pakaian wanita dan sebaliknya bukan sahaja mencemarkan akhlak Islam tetapi mengundang laknat Allah.
Katanya, Islam sudah menetapkan garis panduan dan batasan yang jelas kepada semua umat Islam, namun jika terdapat set perundangan lain, maka akan menimbulkan kekeliruan.
"Ia bertentangan dengan agama. Ini negara Islam, salahlah mereka sebab ia berkaitan akhlak. Dalam Islam, nabi katakan 'dilaknat Allah orang lelaki memakai pakaian perempuan atau perempuan berpakaian lelaki.’ Ini hukum Allah.
"Tidak boleh dari segi akhlak kerana Islam agama bagi negara ini. (Kita sudah) ada hukum agama, tiba-tiba tidak sah macam mana?” katanya.
Beliau berkata, lelaki yang meniru pakaian wanita atau sebaliknya adalah satu penipuan di kalangan masyarakat dan perbuatan sedemikan sangat dipandang serius dalam Islam.
Katanya, apa yang dibimbangi adalah keingkaran terhadap larangan Allah boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam.
"Lelaki pakai perempuan tidak senonoh. Ini satu penipuan. Begitu juga perempuan memakai pakaian lelaki, satu perkara yang tidak baik. Salah dari hukum agama.
"Kita orang Islam menghalalkan perkara yang diharamkan Allah bererti kita keluar dari agama. Itu bahayanya. Memang serius dalam Islam. Dilaknat Allah. Itu hadis sahih."
Peguam tiga pemohon berkenaaan, Aston Paiva Phillip berkata pemohon ingin diakui sebagai wanita dan berada dalam pakaian perempuan adalah manifestasi dari Gender Identity Disorder (GID).
Katanya, kajian perubatan menunjukkan golongan ini ingin menjadi perempuan sejak zaman kanak-kanak mereka.
Paiva berkata, ini bukan pilihan anak guamnya dan GID akan kekal dalam diri mereka sehingga ke akhir hayat.
"Menurut pakar psikiatri, mereka sebenarnya berjiwa perempuan, terperangkap dalam tubuh lelaki lalu mereka berpakaian perempuan.
"Kenapa hukum mereka untuk sesuatu yang mereka tidak pilih dan tidak boleh ubah," katanya ketika penghujahan.
Harussani berkata, tidak ada lelaki yang dilahirkan berjiwa perempuan dan kenyataan sedemikian hanyalah satu bentuk rekaan.
"Tidak ada lelaki jiwa perempuan. Ini satu rekaan saja. Saya sudah pernah berdialog, berjumpa pakar. Sebenarnya itu hanya perasaan yang tumbuh kerana ibu bapa layan seperti perempuan atau adik beradik mereka ramai yang perempuan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata berdasarkan rekod, kebanyakan yang terlibat dalam transgender akan mengalami penyesalan di akhir kehidupan mereka.
Katanya, Islam tidak mengiktiraf perbuatan sedemikian dan hukumnya adalah haram melibatkan diri dalam aktiviti berkenaan.
"Ada beberapa puluh orang yang dah dipotong zakar, buat ‘lubang’, menyesal kerana akhirnya tidak boleh pakai. Tidak ada peranan apa-apa.
"Saya diberitahu ketika berdialog ada beberapa orang yang menyesal datang yang minta 'ukur' balik, hendk ukur macam mana ‘batang’ sudah dipotong.
“Mengubah hukum Tuhan, haram. Islam tidak iktiraf langsung mak nyah,” katanya.
Hakim Mahkamah Rayuan semalam berkata, keputusan mahkamah sebelum ini tidak memberi keadilan kepada tiga lelaki berkenaan kerana mereka menghidap GID.
Katanya, terdapat kesilapan di pihak hakim sebelum ini apabila tidak mengambil kira bukti perubatan yang tidak disangkal di hadapannya.
"Kes ini tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan homoseksual. Kes ini mengenai lelaki Islam dengan keadaan perubatan yang dikenali sebagai GID.
"Kami ingin menjelaskan sama ada Seksyen 66 selaras dengan ajaran Islam atau tidak bukan satu isu dalam kes ini," kata hakim.
Para pemohon, Muhammad Juzaili Mohd Khamis, Shukor Jani dan Wan Kay Yusof Wan Ismail yang merupakan wanita transgender ditangkap beberapa kali kerana melanggar enakmen negeri.
Mereka akhirnya memfailkan semakan kehakiman untuk mengisytiharkan tidak berperlembagaan sebuah fatwa syariah yang melarang lelaki daripada "memakai pakaian perempuan" atau "menyamar sebagai seorang wanita" di Negeri Sembilan.
Mahkamah Tinggi pada Oktober 2012 memutuskan mereka perlu mematuhi undang-undang kerana mereka Muslim dan dilahirkan lelaki.
Di bawah Seksyen 66 Akta Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, mereka yang disabitkan berpakaian silang jantina boleh dihukum sehingga enam bulan penjara, denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya. – 8 November, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/transgender-perlembagaan-tak-harus-langgar-hukum-allah-kata-mufti-perak#sthash.2KQHZ09F.dpuf

0 Komentar untuk "Transgender: Perlembagaan tak harus langgar hukum Allah, kata mufti Perak"