Diangkat Filem Terbaik FFM26, ketepikan Penanggal dan Tanda Putera
BARISAN pemenang Festival Filem Malaysia ke- 26 daripada pelbagai kategori bersama trofi kemenangan.
KARYA arahan sutradara muda, Nik Amir Mustapha iaitu KIL bukan sahaja dinobatkan selaku Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM26), malah ia diturutkan dengan kemenangan berganda filem terbitan Primeworks Studios itu apabila pengarah tersebut berjaya membuktikan kecemerlangannya dan turut dipilih sebagai Pengarah Terbaik serta Lakon Layar Terbaik.
Mengetepikan dua filem lain yang memberi saingan sengit iaitu Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba dan Penanggal yang diarahkan pemenang Pengarah Harapan FFM26, Ellie Suriaty, ternyata KIL mempunyai kekuatan tersendiri apabila heroinnya, Cristina Suzanne juga diberi pengiktirafan apabila memenangi Pelakon Harapan Wanita bagi sesi penerbitan filem sepanjang 2013.
Bertambah manis, KIL yang turut dibintangi pelakon berbakat besar kelahiran Ayer Tawar, Perak, Redza Minhat itu melengkapkan kemenangan bergaya apabila ‘mencuri’ satu lagi trofi menerusi Poster Terbaik, sekali gus menggondol lima buah anugerah secara keseluruhannya.
Penerbitnya, Tengku Iesta Tengku Alaudin dalam ucapannya berkata, kemenangan tersebut adalah kejayaan buat kesemua tenaga produksi yang bekerja keras menghasilkannya dan pada masa yang sama mengubat kekecewaan apabila ia gagal mendapat sambutan hangat di pawagam ketika ditayangkan pada tahun lalu.
“Ini adalah kejayaan buat semua yang selama ini bertungkus lumus merealisasikannya. Walaupun ia gagal ketika penayangan bermula pada 30 Mei 2013 yang sekadar mengutip jualan tiket kira-kira setengah juta ringgit, tetapi dengan kemenangan ini ia serba sedikit membuktikan karya tersebut tidaklah seteruk yang disangka.
“Sebaliknya, ia satu naskhah yang bermutu dan berkualiti yang dapat terzahir di mata barisan juri yang menilainya, sekali gus mengiktiraf menerusi lima trofi yang diperoleh. Tahniah buat seluruh pasukan atas kerjasama anda,” ucapnya.
Tengku Iesta berucap demikian pada majlis anugerah FFM26 yang diadakan di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang, Seremban dan disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104).
Aktres berkaliber, Ellie Suriaty yang mengarahkan filem sulungnya, Penanggal ketika ditemui pada malam perasmian majlis anugerah tersebut melahirkan rasa syukur apabila berjaya memperoleh gelaran Pengarah Harapan untuk mengetepikan pencabarnya yang lain.
Walaupun tidak memenangi kategori Pengarah Terbaik, isteri kepada aktor Azri Iskandar itu berpuas hati apabila produksinya dapat memenangi empat anugerah termasuk yang dimenanginya.
Pada majlis berkenaan, filem seram yang turut dibintangi Zul Ariffin itu berjaya membawa pulang trofi Pelakon Harapan Lelaki, manakala dua lagi adalah menerusi Sinematografi Terbaik dan juga Penataan Seni Terbaik.
“Ini adalah kemenangan pertama saya sebagai pengarah dan ia menyuntik semangat untuk terus berkarya bukan sahaja pelakon, malah selaku sutradara wanita yang berjaya.
“Dan ia sebenarnya adalah hikmah yang Allah tunjukkan selepas mengalami keguguran di penghujung 2011 ketika penggambaran Penanggal sedang dijalankan. Kejadian itu adalah ujian Allah. Dia ambil anak saya tetapi dibalasnya dengan kemenangan ini. Alhamdulillah,” ujarnya mengulas kejayaan tersebut.
Sekalipun menerima pencalonan terbanyak pada malam itu, Ellie bagaimanapun tidak kecewa apabila karya arahannya tidak menang besar tetapi melihatnya dari sudut positif untuk kerja lebih keras bagi menghasilkan yang terbaik.
“Disenarai pendekkan menerusi 16 kategori itu pun dah cukup baik kerana juri nampak hasil kerja saya. Hanya yang terbaik sahaja layak diberi pengiktirafan. Mungkin 12 lagi pencalonan yang gagal belum cukup mantap untuk diiktiraf dan saya akur keputusan tersebut,” katanya ringkas.
Senarai penuh pemenang FFM26:
FILEM BOX OFFICE - Tayangan Unggul (Husin, Mon & Jin Pakai Toncit)
KESAN KHAS TERBAIK - Pesona Pictures (Tanda Putera)
PELAKON HARAPAN WANITA - Cristina Suzanne (KIL)
PELAKON HARAPAN LELAKI - Zul Ariffin (Penanggal)
PENYUNTING TERBAIK - Syamsul Yusof & Hisyam Jupri (KL Gangster 2)
LAKON LAYAR TERBAIK - Nik Amir Mustapha (KIL)
SINEMATOGRAFI TERBAIK - Raja Mukhriz (Penanggal)
CERITA ASAL TERBAIK - Mamat Khalid (Rock Oo)
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK - Datin Umie Aida (Sembunyi: Amukan Azazil)
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK - Datuk Rosyam Nor (KL Gangster 2)
PELAKON WANITA TERBAIK - Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)
PELAKON LELAKI TERBAIK - Rusdi Ramli (Tanda Putera)
FILEM BUKAN BERBAHASA MELAYU TERBAIK - Double Vision (Paper Moon)
PENGARAH TERBAIK - Nik Amir Mustapha (KIL)
FILEM TERBAIK - Primeworks Studios (KIL)
POSTER TERBAIK - Primeworks Studios (KIL)
PEREKA KOSTUM TERBAIK - Hasnan Yaacob dan Fadzilah Abdullah (Tanda Putera)
SKOR MUZIK ASAL TERBAIK - Sharon Paul (Tanda Putera)
PENATAAN BUNYI TERBAIK - Syamsul Yusof & Hisyam Jupri (KL Gangster 2)
PENATAAN SENI TERBAIK - Nazrul Asraff (Penanggal)
LAGU TEMA ASAL TERBAIK - Tomok & Rafidah Abdullah (Istanbul Aku Datang)
PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK - Rykarl Iskandar (Aji Boy)
FILEM PENDEK TERBAIK - Reservoir Production (Jahit)
FILEM ANIMASI TERBAIK - Tiada Pemenang
PENGARAH HARAPAN - Ellie Suriaty Omar (Penanggal)
ANUGERAH KHAS JURI - Patriotik (Tanda Putera)
ANUGERAH KHAS JURI - Isu Semasa (Kolumpo)
ANUGERAH KHAS JURI - Budaya (Paper Moon)
ANUGERAH KARYAWAN SEPANJANG ZAMAN WANITA - Datin Rosnani Jamil
ANUGERAH KARYAWAN SEPANJANG ZAMAN LELAKI - Datuk Rahim Razali
ANUGERAH PENGGIAT BELAKANG TABIR - Ali Hussein
- See more at: http://www.utusan.com.my/hiburan/kil-8216-bunuh-8217-karya-lain-1.21431#sthash.fr4CrCI1.dpuf

0 Komentar untuk "KIL ‘bunuh’ karya lain"