Sebanyak 321 naskhah Bible yang dirampas pihak berkuasa agama Selangor pada Januari 2014 masih belum dipulangkan kepada pemiliknya, Persatuan Bible Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider, 7 November, 2014.
Hasrat kerajaan negeri Selangor memulangkan 321 naskhah Bible yang dirampas dari Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) Januari lalu masih di peringkat perbincangan, kata Mohamed Azmin Ali.
Menteri besar Selangor itu berkata isu pemulangan kitab suci berkenaan perlu dilakukan secara tertib selaras dengan tuntutan agama Islam.
"Benda itu dalam perbincangan macam mana kita boleh selesaikan masalah ini secara baik untuk menjaga keharmonian di negeri Selangor.
"Ia mesti selaras dengan tuntutan agama Islam. Islam menuntut kita hormati semua agama. Maka ini juga harus diteliti. Ini dalam proses perbincangan dan belum ada keputusan.
"Kita akan meneruskan perbincangan untuk menyelesaikan dengan baik," katanya kepada pemberita sewaktu ditemui di majlis Turun Padang di Sepang, hari ini.
Azmin (gambar, kanan) enggan mengulas lanjut bila ditanya samada isu pemulangan Bible dibincangkan bersama Sultan Selangor, dan cuma menjawab: "Saya bertemu Tuanku setiap minggu."
Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Islam melahirkan kebimbangan mereka ekoran hasrat Azmin mahu mengembalikan Bible bahasa Melayu yang dirampas awal tahun ini.
Mereka berkata Azmin selaku MB berbangsa Melayu perlu mempertahankan agama Islam kerana tindakan memulangkan Bible berkenaan akan mencetuskan rasa tidak puas hati majoriti penduduk di Selangor.
“Dia bercakap begitu seolah-olah dia dilihat memihak kepada Kristian dan membelakangkan undang-undang.
“Kita mengharapkan seorang pemimpin Islam mestilah bercakap berlandaskan Islam. Dia perlu tegas menunjukkan dia melaksanakan undang-undang,” kata presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdullah Zaik Abd Rahman.
Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya menyifatkan hasrat Azmin memulangkan kitab berkenaan sebagai ancaman kepada agama Islam.
Katanya, apa yang dibimbangkan adalah kitab berkenaan menjadi alat memesongkan akidah generasi muda Islam di negara ini.
“Perkasa Selangor amat tidak selesa dengan tindakan satu menteri besar yang berbangsa Melayu, beragama Islam cuba menidakkan kuasa Mais dan Jais berhubung agama Islam.
“Tindakan yang dibuat Azmin ini sudah pasti menggugat masa depan anak Melayu beragama Islam. Maknanya agama Islam tergugat.
“Memang menjadi satu ancaman yang hebat apabila pemimpin Melayu yang mengatakan dirinya beragama Islam nak memulangkan balik Bible tersebut,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Azmin awal minggu ini membangkitkan isu rampasan Bible dalam mesyuarat Dewan Diraja Selangor yang turut dihadiri mufti dan pihak berkuasa agama negeri itu.
Sumber berkata kepada The Malaysian Insider, 321 Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang dirampas kerana mengandungi kalimah Allah itu akan dipulangkan dalam tempoh seminggu.
Azmin dijadualkan mengadap Sultan Selangor pada Selasa dan antara perkara dijangka dibincang adalah rampasan kitab suci berkenaan, menurut sumber itu. – 7 November, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemulangan-bible-belum-diputuskan-ikut-tuntutan-islam-kata-azmin#sthash.CByWmzHW.dpuf

0 Komentar untuk "Pemulangan Bible belum diputuskan, ikut tuntutan Islam, kata Azmin"