Penyokong pengadu Kes Liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan, diluar Mahkamah Persekutuan, Putrajaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 November, 2014.
Tiada bukti penetrasi seksual bermakna tiada bukti yang Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat bekas pembantunya, kata peguam bela hari ini, dalam hujah penutupnya pada hari terakhir rayuan kes ketua pembangkang itu terhadap sabitan di Mahkamah Persekutuan.
Peguam Ramkarpal Singh berkata, bukti penetrasi penting dalam jenayah seperti itu tetapi keempat-empat doktor yang memeriksa pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada mulanya mendapati tiada bukti konklusif penetrasi zakar.
Doktor pertama yang memeriksa Saiful selepas tuduhan liwat itu, Dr Mohd Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, tidak menemukan bukti penetrasi.
Begitu juga tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur, kata Ramkarpal, tetapi mereka kemudiannya menukar jawapan mereka setelah melihat sampel DNA yang dikemukakan semasa perbicaraan. Pihak pembela berpendapat sampel itu sudah diusik.
Sampel tersebut dilabel oleh pegawai penyiasat Supt Jude Pereira, yang menurut peguam bela tidak mengendalikan bukti dengan betul.
Ramkarpal memberitahu mahkamah, salah seorang doktor di HKL ditugaskan membungkus sampel yang diambil daripada Saiful dan dia tidak memeriksa Saiful langsung.
Bagaimana doktor itu boleh memberi pendapat dalam testimoninya yang penetrasi berlaku apabila beliau tidak memeriksa Saiful, Ramkarpal bertanya kepada mahkamah.
Hakim Tan Sri Abdul Hamid Embong kemudian bertanya sekiranya testimoni doktor tersebut berkenaan penetrasi boleh dianggap bukti khabar angin.
Ramkarpal berkata doktor itu memang mengatakan mereka hanya mengambil sampel dari bahagian rektum yang tinggi tetapi tidak menemui bukti fizikal penetrasi.
Ini menyokong hujah pembela yang sampel itu diletakkan pihak ketiga dan diusik, kata Ramkarpal.
"Bagaimana boleh temui air mani pada rektum apabila tiada penetrasi?" dia bertanya.
Katanya, menjadi satu kesalahan bagi Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan kerana gagal menyimpulkan yang tanpa bukti penetrasi bermakna tiada kesalahan dilakukan oleh perayu.
Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada panel lima hakim, masuk hari ketujuh dan mungkin hari terakhir, mendengar rayuan Anwar terhadap sabitan kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful, pada 2008.
Sabitan itu dijatuhkan Mahkamah Rayuan yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan beliau atas alasan bukti DNA yang lemah.
Dalam hujah pendakwaan, ketua pendakwa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah merujuk kepada dakwaan aktiviti seksual terdahulu antara Anwar dan Saiful bagi menjelaskan mengapa tidak ada bukti fizikal penetrasi.
Ramkarpal berkata pengalaman sebelumnya harus diambil kira bagi tuduhan ini.
Shafee juga menyerang saksi pembelaan, pakar DNA Australia Dr Brian McDonald, mengatakan kesaksian beliau diragui kerana mahkamah di negara lain juga menolak keterangannya sebelum ini.
Ramkarpal hari ini menyenaraikan kelayakan McDonald di hadapan mahkamah, menyatakan beliau mendapat pendidikan dalam bidang biologi yang merupakan asas kepakaran forensik DNA.
"Memang benar dia tidak menghadiri kelas tertentu bagaimana melakukan ujian DNA, kerana ia tidak wujud pada 1973 (ketika McDonald di universiti). Ia hanya bermula pada akhir 1980-an.
"Tetapi, pengalamannya selama tiga dekad selepas itu, menubuhkan makmal bagi melakukan ujian ini, sudah cukup membuktikan kepakarannya," kata Ramkarpal.
Tambahnya, McDonald tidak pernah tidak bersetuju dengan kaedah digunakan ahli kimia kerajaan dalam menguji sampel DNA bagi perbicaraan Anwar, tetapi hanya berbeza pada sama ada DNA asing, iaitu Alel 18, harus dilaporkan atau tidak.
Pembelaan berpendapat Alel 18 yang tidak berasal dari Saiful atau Anwar, menunjukkan sampel DNA tercemar dan tidak boleh dipercayai. Ahli kimia kerajaan bagaimanapun memandang ringan pencemaran itu dengan tidak melaporkannya dan menganggapnya sebagai boleh diabaikan.
Peguam bela juga mengemukakan satu lagi keraguan utama dalam kes itu iaitu kredibiliti pegawai penyiasat Supt Jude Pereira yang didakwa tidak mengendalikan bukti DNA dengan betul.
"Eksibit yang dikendalikannya berbeza segi luarannya daripada yang sepatutnya," kata Ramkarpal, dan memberitahu mahkamah mengenai tindakan Pereira memotong beg plastik yang mengandungi sampel dalam tiub berasingan.
"Tiada alasan langsung bagi Pereira berbuat demikian kerana sampel itu sudah dibungkus oleh doktor yang mengambil swab DNA daripada Saiful,” hujah peguam bela itu.
Ramkarpal berkata kredibiliti Pereira juga diragui Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam satu inkuiri lain, berhubung siasatan terhadap penangkapan haram lima peguam pada 2009.
Katanya, inkuiri Suhakam itu dipengerusikan Shafee, yang kini merupakan pegawai pendakwa dalam rayuan Anwar, dan Shafee merupakan hakim yang mendapati Pereira berbohong di dalam inkuiri itu.
Mengakhiri jawapannya kepada pihak pendakwaan, Ramkarpal berkata "keraguan yang wujud dalam kes ini melayakkan Anwar diberi pembebasan dan pelepasan".
Ahli lain dalam pasukan pembelaan, diketuai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram, akan menyambung hujah penutup petang ini.
Rayuan Anwar didengar panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria. – 6 November, 2014.
* Laporan dibantu Tarani Palani, The Edge Financial Daily.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tiada-bukti-penetrasi-bermakna-tiada-kes-terhadap-anwar-kata-pembelaan#sthash.vHyj7JKg.dpuf

0 Komentar untuk "Tiada bukti penetrasi bermakna tiada kes terhadap Anwar, kata pembelaan"