Tak timbul soal bubar Pakatan Rakyat - Mahfuz - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Tak timbul soal bubar Pakatan Rakyat - Mahfuz


BeritaKUALA LUMPUR: PAS menolak dakwaan kononnya Pakatan Rakyat akan dibubarkan jika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disabit bersalah, ekoran kes Fitnah Liwat II yang sedang dihadapinya.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS yakin Pakatan Rakyat akan terus kukuh dalam menunaikan tanggungjawab untuk rakyat.

"Tidak timbul isu Pakatan Rakyat berpecah atau dibubarkan jika Anwar disabitkan bersalah dalam konspirasi fitnah ini.

"Malah kita (PAS) yakin Pakatan Rakyat akan terus kukuh membawa isu rakyat dan memperjuangkan prinsip keadilan yang semakin merisaukan," jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, rakyat kini bukan sahaja mengharapkan Pakatan Rakyat untuk memperjuangkan hak mereka, tetapi mereka sendiri ke hadapan untuk bersama-sama Pakatan Rakyat.

"Setiap apa yang berlaku, Pakatan Rakyat perlu meneruskan perjuangan, rakyat mengharapkan kita untuk memperjuangkan hak mereka.

"Memusnahkan harapan mereka merupakan satu pegkhianatan yang akan menghilangkan kepercayaan mereka," sambung beliau.

Ditanya, adakah Pakatan Rakyat ada berbincang penyandang baharu Ketua Pembangkang, jika Anwar disabit bersalah, Mahfuz berkata ianya tidak berbangkit.

"Ia tidak berbangkit kerana seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP bahawa Anwar akan dibebaskan," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mendoakan agar keadilan memihak kepada Anwar dan meminta keluarga Ketua Umum PKR itu bersabar.

"Air mata mereka selalu mengalir dalam menghadapi dugaan perjuangan yang dilalui Anwar, rakyat akan terus bersama-sama mereka dalam memberi sokongan," katanya.-HARAKAHDAILY 6/11/2014
0 Komentar untuk "Tak timbul soal bubar Pakatan Rakyat - Mahfuz"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI