Peguam Negara dakwa kenyataan Anwar hina mahkamah - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Peguam Negara dakwa kenyataan Anwar hina mahkamah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Keadilan di Putrajaya pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 6 November, 2014.

Pendakwaraya dalam rayuan liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan hari terakhir pendengaran hari ini dengan menuduh ketua pembangkang itu menghina mahkamah kerana kenyataan yang dibuatnya semasa di luar perkarangan mahkamah.

Pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang beliau diarahkan Peguam Negara supaya membawa kenyataan tersebut ke perhatian mahkamah.

"(Seperti yang) diarahkan Peguam Negara... bukan sahaja kecenderungan tetapi ketentuan satu kenyataan yang disebut Anwar boleh menjadi penghinaan yang serius kepada mahkamah ini.

"Peguam negara ingin saya sebutkan ini untuk direkod, supaya para hakim semua tahu," kata peguam swasta yang dilantik kerajaan itu pada permulaan hari terakhir pendengaran.
Menurutnya, Anwar menghina mahkamah dengan kenyataannya kepada media selepas mahkamah bersurai pada Selasa.

Shafee berkata, kenyataan Anwar dikeluarkan pelbagai media, termasuk Malaysiakini dan The Malay Mail Online.

"Artikel Malaysiakini bertajuk 'Go back to law school, Anwar tells Shafee' (Balik ke sekolah undang-undang, kata Anwar kepada Shafee), manakala laporan The Malay Mail Online berkata beliau akan dibebaskan jika bersara.

"Beliau berkata tidak mahu bersara tetapi mungkin mahkamah akan membebaskannya jika beliau memilih untuk bersara," kata Shafee.

"Saya terimanya sebagai perbalahan mesra. Tetapi apa yang membimbangkan peguam negara ialah apabila beliau menyerang mahkamah sedemikian," kata pendakwaraya.

"Peguam negara adalah mercu keadilan," kata Shafee, dan menambah ia satu "kegagalan melaksanakan tanggungjawab" sekiranya beliau tidak membawa ke hadapan kenyataan Anwar yang didakwa menghina mahkamah.

Shafee berkata, Anwar juga memberitahu media pembebasan beliau merupakan keputusan yang "betul, keputusan yang terhormat" baginya, isterinya dan keluarganya.

Kenyataan tersebut, kata Shafee, menunjukkan Anwar sudah pun "melepasi batasan kritikan yang bersopan terhadap mahkamah."

"Anda boleh katakan sesuatu itu tidak adil, tetapi anda tidak boleh berkata mahkamah adalah korup atau mahkamah satu instrumen kepada kuasa eksekutif."

Peguam Anwar kemudian memberitahu panel hakim mereka akan memberi maklum balas tentang perkara ini apabila pendengaran rayuan berakhir. – 6 November, 2014.

* Laporan dibantu Tarani Palani, The Edge Financial Daily.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/peguam-negara-dakwa-kenyataan-anwar-hina-mahkamah#sthash.chfGFJ8y.dpuf
0 Komentar untuk "Peguam Negara dakwa kenyataan Anwar hina mahkamah"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI