Pertikai Fatwa Bukan Pendirian PAS Selangor - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pertikai Fatwa Bukan Pendirian PAS Selangor


Kenyataan Akhbar
Saya ingin menegaskan di sini bahawa tindakan beberapa orang ahli Parlimen PAS mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berkenaan liberalisme dan pluralisme bukan pendirian PAS Negeri Selangor.

Sehubungan itu, laporan bahawa terdapat di antara mereka adalah pimpinan PAS Negeri Selangor adalah tidak benar. Terdapat media yang melaporkan bahawa salah seorang dari mereka adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor. Laporan ini adalah sama sekali tidak benar dan PAS Selangor kesal dengan tindakan tidak profesional media tersebut.


Kami juga melihat tindakan mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa secara terbuka adalah satu tindakan yang tidak wajar. Ia akan membuka ruang untuk semua fatwa-fatwa dipertikaikan. Keadaan yang sedemikian sudah tentu akan mewujudkan kekeliruan di kalangan umat Islam.
Tindakan Ahli-Ahli Parlimen PAS tersebut telah dibuat tanpa berbincang dengan PAS Selangor walaupun kami mengadakan pertemuan mingguan wakil-wakil rakyat iaitu pada setiap pagi Rabu.
Wakil-wakil rakyat tidak sepatutnya bertindak bersendirian kerana mereka bertanding di dalam piliharaya umum di atas tiket parti dan bukan tiket individu. Oleh yang demikian, tindakan mereka akan kami dilaporkan kepada PAS Pusat untuk tindakan selanjutnya.


Iskandar A. Samad
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
6 November 2014
0 Komentar untuk "Pertikai Fatwa Bukan Pendirian PAS Selangor"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI