Gereja Praise Emmanuel di Dataran Mentari, Petaling Jaya, yang menjadi sasaran sekumpulan orang Islam yang menentangnya, tertanya-tanya siapa sebenarnya yang membantah pembinaan bangunan empat tingkat itu.
Ini kerana, Paderinya Rev Robert Pandian berkata, wakil mereka sudah pun bertemu penduduk di situ bulan lalu dan menangani isu yang menjadi kebimbangan mereka.
Bercakap kepada The Malaysian Insider, beliau berkata dalam pertemuan antara pihak berkuasa gereja dengan penduduk kawasan itu, mereka melahirkan kerisauan tentang isu tempat letak kereta dan kesesakan sebaik saja gereja itu mula beroperasi di situ.
Robert berkata gereja itu diasaskan 30 tahun yang lalu ketika kawasan itu merupakan perkampungan setinggan.
Bukan sesuatu yang baharu bagi mereka apabila menghadapi tentangan masyarakat memandangkan sebelum ini mereka pernah berdepan protes penduduk berhampiran.
Ahad lepas, satu kumpulan yang menamakan diri mereka Pertubuhan Sahabat, mengadakan demonstrasi menentang gereja baharu itu, yang menurut Robert menimbulkan persoalan siapa sebenarnya mereka.
Pada Oktober, mereka yang tinggal di kompleks Apartmen Damai di PJS 8 mengadakan demonstrasi kerana bimbang dengan kehadiran bangunan baharu gereja itu.
Berikutan itu, Robert berkata wakil gereja segera bertemu penduduk bagi mengurangkan kebimbangan mereka tentang kesesakan lalu lintas.
Mesyuarat itu berakhir dengan baik, malah kedua-dua pihak "bertukar-tukar nombor telefon", kata Robert .
"Mereka menekankan kepada kami yang mereka tidak menentang kita atau gereja itu, tetapi hanya risau tentang isu parkir dan lalu lintas.
"Kami menjelaskan kepada mereka, kami hanya berjumpa selama sejam 45 minit pada setiap pagi Ahad dan akan menggunakan tempat letak kereta di atas tanah kosong berdekatan, dan mereka faham," kata Robert kepada The Malaysian Insider.
Sehubungan itu, paderi berkenaan tidak pasti sama ada protes Pertubuhan Sahabat baru-baru ini diadakan penduduk daerah itu atau dari luar.
Anggota Pertubuhan Sahabat yang berdemonstrasi itu berkata, sudah ada 3 gereja di sekitar kawasan itu, dan tidak wajar ia dibina di kawasan yang 70% penduduknya adalah umat Islam.
"Kami berada di dalam gereja semasa mereka berhimpun dan hanya dapat tahu mengenainya lewat kemudian.
"Tetapi daripada apa yang saya faham selepas membaca berita yang dilaporkan, mereka mewakili sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mungkin bukan penduduk dari daerah ini," kata Robert.
Robert berkata, tiga dekad yang lalu, gereja itu merupakan sebahagian kawasan setinggan yang pada waktu itu dikenali sebagai Kampung Lindungan.
Mereka berpindah ke sebuah lot kedai di Dataran Mentari berdekatan kampung itu 17 tahun lalu dan merancang berpindah ke sebuah bangunan baharu dalam masa kira-kira 18 bulan.
Katanya, 2 tahun lalu, gereja dan penduduk kawasan itu pernah menghadiri satu pendengaran awam diadakan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) apabila mengeluarkan kebenaran merancang buat pertama kalinya.
Pada masa itu, hanya seorang yang menyuarakan bantahan, membangkitkan "isu lalu lintas".
Ahli kariah gereja itu bagaimanapun, tidak dapat mencukupkan dana yang diperlukan bagi membina gereja baharu itu dalam tempoh sah setahun kebenaran merancang itu, Robert berkata.
Mereka kemudiannya mengemukakan semula rancangan mereka dan satu lagi kebenaran merancang dikeluarkan tahun lalu.
Oleh itu, kerja-kerja di tapak itu dijadualkan bermula bulan ini dan dijangka siap dalam masa 18 bulan.
Pertubuhan Sahabat dalam bantahan mereka berkata, struktur empat tingkat gereja itu merupakan satu penghinaan kepada umat Islam yang tinggal di sana.
Menjawab persoalan itu, Robert berkata bangunan itu disebut sebagai struktur empat tingkat kerana tingkat bawah yang merupakan tempat letak kereta dan tingkat paling atas menempatkan tadahan air dan kompresor penyaman udara, dianggap 2 tingkat.
Sebenarnya, hanya 2 tingkat yang akan digunakan bagi aktiviti agama.
"Malah, sebenarnya kita hanya membina tempat suci di satu tingkat sementara di tingkat mezzanine, kita akan letakkan perpustakaan dan bilik sembahyang dengan kapasiti 30 tempat duduk.
"Ia sebenarnya tanah yang sangat kecil, dengan saiz hanya 10,000 kaki persegi. Dan kami diminta menyediakan 14 ruang letak kereta yang kami letak di tingkat bawah itu," katanya.
Ditanya apa yang akan beliau katakan kepada mereka yang mengadakan demonstrasi itu, Robert berkata: "Saya hanya mahu kata yang kami adalah sekumpulan orang yang aman.
"Kami berada di sini selama lebih 30 tahun dan kami tidak pernah menimbulkan sebarang masalah dan kami akan terus menjadi orang yang aman."
Selain di Dataran Mentari, Praise Emmanuel, sebuah gereja evangelis, juga beroperasi di lot kedai di Klang dan Seri Kembangan.
Kariah di Dataran Mentari mempunyai lebih 200 ahli yang tinggal berdekatan.
Jurucakap Pertubuhan Sahabat, Ishak Maarof berkata, mereka mahu majlis perbandaran mengadakan satu pendengaran awam berkenaan bangunan gereja itu.
Katanya, mereka tidak pernah diberitahu terdapat pendengaran sebelum ini dan mendakwa wakil surau dan masjid di kawasan itu juga tidak pernah dimaklumkan.
"Hakikat yang ia dilakukan secara senyap-senyap, pada pandangan kami, ialah satu agenda dengan niat jahat terhadap orang Islam di sini," Ishak dilaporkan berkata oleh sebuah portal berita.
Ahli majlis MBPJ Cynthia Gabriel berkata tanah itu diluluskan sebagai tempat ibadah pada 2001, ketika Barisan Nasional mentadbir kerajaan negeri. – 4 November, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/gereja-kontroversi-di-pj-dengar-kebimbangan-penduduk-kata-paderi#sthash.AeYdsQRn.dpuf

0 Komentar untuk "Gereja kontroversi di PJ dengar kebimbangan penduduk, kata paderi"