Ahli Parlimen PAS pertikai fatwa Selangor haramkan SIS - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Ahli Parlimen PAS pertikai fatwa Selangor haramkan SIS


Berita

Datuk Mujahid Yusof Rawa hari ini mempersoalkan keputusan Majlis Fatwa Negeri Selangor yang mengeluarkan fatwa dan mengazetkan pertubuhan atau institusi berpegang kepada fahaman "liberalisme " dan "pluralisme" sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata tindakan Majlis Fatwa Negeri Selangor itu bertentangan dengan peraturan mengeluarkan fatwa itu sendiri daripada sudut Islam.

Katanya, fatwa sepatutnya mempunyai sifat yang menyeluruh dan umum dan bukan hanya ditujukan kepada badan tertentu.

"Fatwa itu sepatutnya secara umum, ia menyeluruh, namun apa yang berlaku kini ia dikeluarkan bagi mengharamkan atau mematikan sesuatu badan yang berbeza fahaman," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau merujuk kepada Fatwa Selangor pada Julai 2014 menggazetkan badan bukan kerajaan (NGO) Sisters in Islam (SIS) dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman "liberalisme" dan "pluralisme" agama sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Fatwa itu juga mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat laman sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam dan hukum syarak.
Manakala individu yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah bertaubat dan kembali ke jalan Islam, menurut fatwa tersebut.

Selain Mujahid, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin pada sidang media itu turut menggesa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) memberi penerangan jelas mengenai takrifan "liberalisme" dan "pluraslisme".
Mereka berkata, takrifan "liberalisme dan "pluralisme" tidak dijelaskan dan ia menyebabkan kekeliruan serta apakah ia menyatakan semua agama adalah sama.

"Bila tidak dijelaskan maksud dengan sebenar, maka inilah yang terjadi tuduh menuduh, seperti Umno menuduh, PAS menuduh, Umno lebih teruk ia ditujukan kepada individu atau badan tertentu," katanya.
Khalid berkata, Mais sepatutnya melakukan perbincangan atau dialog bersama dengan pihak terlibat sebelum fatwa dikeluarkan.

"Adakah pihak Mais sudah berdialog dengan pihak yang dikatakan mengamalkan 'pluralisme' dan 'liberalisme' sebelum sesuatu tindakan diambil ke atas mereka? " soal mereka..

"Kami memohon pembuat fatwa tidak terburu-buru tanpa adanya muzakarah dengan pihak yang dikatakan mengamalkan 'pluralisme' dan 'liberalisme' supaya ada ruang untuk salah faham dibetulkan," kata mereka.
0 Komentar untuk "Ahli Parlimen PAS pertikai fatwa Selangor haramkan SIS"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI