PELAKON kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini memberitahu dia bakal muncul dalam sembilan buah filem bermula hujung tahun ini sehingga tahun 2015.
Antara filem tersebut termasuklah Juvana, Rumah Pusaka Di Simpang Jalan, Rentas, Keindahan Hidup, Pphilia dan Villa Nabila.
Jelas Pekin Ibrahim, dia tidak menyangka meskipun kelahiran pendatang baru membanjiri industri seni tempatan, namun rezeki masih berpihak padanya.
“Alhamdulillah, saya masih mendapat tempat dalam bidang lakonan sehingga hari ini.
“Walaupun semakin banyak projek diterima, namun saya masih belum berpuas hati dengan tahap lakonan saya,” katanya ketika ditemui di majlis kesyukuran dan pelancaran poster rumah pusaka di simpang jalan sentuhan pengarah terkenal Mamat Khalid.
Mengulas mengenai pembabitan Pekin menerusi filem yang mengangkat genre komedi itu, akuinya ia kali pertama dia diberi tanggungjawab memainkan dua peranan.
“Sebenarnya saya dapat peranan kedua ni pun minit-minit terakhir, abang Mamat beri pilihan kepada saya untuk melakonkannya dan saya fikir mengapa perlu tolak.
“Lagipun ia satu peranan yang hebat dan menarik,” jelasnya seronok berlakon bersama Jihan Musa dan Syuk Balas.
Tambahnya, dia berterima kasih kepada Mamat Khalid kerana percaya kepada bakatnya dan memberi peluang tersebut kepadanya .
“Untuk memegang dua peranan bukannya mudah dan ia satu pengalaman baru yang mencabar kredibiliti saya sebagai seorang pelakon.
“Tetapi dengan bantuan abang Mamat, saya mampu jayakannya dan saya harap peminat tidak ketinggalan menyaksikan filem ini nanti,” katanya filem itu akan ditayangkan pada 1 Januari 2015 depan.
Sedikit perkembangan terbarunya, pelakon berusia 33 tahun ini bakal muncul di pentas teater Disember ini menerusi teater Mat Deris Kola Pilah.

0 Komentar untuk "Pekin Ibrahim tawan pawagam"