Azmin rujuk isu rampasan Bible dengan Sultan Selangor - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Azmin rujuk isu rampasan Bible dengan Sultan Selangor

Pada Januari lalu, Jais merampas lebih 300 kitab Injil berbahasa Melayu dan Iban dari pejabat Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) di Damansara. Walaupun sudah diarahkan memulangkannya semula oleh Jabatan Peguam Negara, Jais masih enggan melakukannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 November, 2014.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali akan merujuk kepada Sultan Selangor bagi menyelesaikan isu rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban, selepas kemelut tersebut berlarutan hampir setahun.

Langkah sama sebelum ini diambil bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, namun gagal mencari kata putus dan Azmin juga menggunakan pendekatan sama.

"Keputusannya akan diumumkan tidak lama lagi. Jika kamu boleh tunggu enam bulan, tidak bolehkah kamu tunggu beberapa hari lagi," kata beliau kepada wartawan selepas merasmikan program mencegah denggi hari ini.

Azmin juga memberitahu sudah menemui Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) untuk menangani isu tersebut.
Pada Januari lalu, Jais merampas lebih 300 kitab Injil berbahasa Melayu dan Iban dari pejabat Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) di Damansara.

Jais berkata, tindakan itu dibuat mengikut Enakmen Agama Bukan Islam 1988 (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) yang diluluskan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan menghalang bukan Islam di Selangor menggunakan 35 perkataan berbahasa Arab termasuk "Allah", "Nabi", "Injil" dan "Insya-Allah".

Walaupun sudah diarahkan memulangkannya semula oleh Jabatan Peguam Negara, Jais masih bertegas tidak mahu memulangkannya.

Kemelut tersebut dikatakan antara punca Khalid dipaksa meletakkan jawatannya.

Azmin sebaik sahaja mengambil pentadbiran kerajaan negeri Selangor berjanji akan menyelesaikan isu tersebut. – 3 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/azmin-rujuk-isu-rampasan-bible-dengan-sultan-selangor#sthash.OIUFEWZv.dpuf
0 Komentar untuk "Azmin rujuk isu rampasan Bible dengan Sultan Selangor "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI