PETALING JAYA - Pemecatan enam exco oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam adalah tidak adil dan tidak beretika, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Menurutnya, pemecatan tersebut juga boleh dipertikaikan dari aspek perundangan selain melanggar prinsip demokrasi PR.
“Saya amat terkejut sebaik menerima maklumat pemecatan daripada Datuk Teng Chang Khim petang tadi (semalam) dan lima ahli exco yang lain.
"Menurut surat diberikan kepada Chang Khim, pemecatan dibuat kerana keengganan kedua-dua parti (DAP dan PKR) menyokong Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor," katanya pada sidang media bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mesyuarat tergempar pimpinan utama dua parti itu di ibu pejabat PKR di sini, lewat malam tadi.
Menurut Guan Eng, Abdul Khalid perlu ingat, pelantikannya sebagai menteri besar adalah berdasarkan sokongan PR.
"Kerana itu kami tidak boleh menerima pemecatan ini dan anggap ia sebagai tidak adil sama sekali,” katanya.
Turut hadir pada sidang media itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan lima daripada enam exco yang dipecat iaitu Chang Khim, Ean Yong Hian Wah, Elizabeth Wong, Daroyah Alwi dan Ganabatirau Veraman.
Kesemua pemimpin tersebut sebelum itu hadir ke mesyuarat tergempar selama satu jam bermula kira-kira jam 8 malam.
Guan Eng turut menggesa Pas untuk memboikot Mesyuarat Exco hari ini sebagai tanda solidariti PR.
“Saya akan menghubungi Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali untuk meminta agar Exco Pas turut memboikot Mesyuarat Exco,” katanya.
Sementara itu, Chang Khim berkata, pemecatan itu tidak mengikut undang-undang dan perkenan Sultan Selangor.
"Hanya Sultan sahaja yang berhak memecat exco," katanya.
Kesemua exco yang dipecat itu juga menegaskan akan terus menjalankan tugas seperti biasa tetapi tidak akan hadir ke mesyuarat exco, hari ini.
Kelmarin, Abdul Khalid menyarankan exco yang tidak boleh bekerjasama dengan beliau supaya meletak jawatan kerana gagal mematuhi Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 di bawah artikel 53(2)(b).
Jelas Abdul Khalid, menteri besar mempunyai kuasa untuk merujuk kepada Sultan Selangor bagi pertukaran exco sekiranya mereka gagal memberi kerjasama atas urusan pentadbiran negeri.

0 Komentar untuk "Pemecatan exco tidak beretika"