DAP selar PAS hadir mesyuarat exco, tiada semangat Pakatan Rakyat - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

DAP selar PAS hadir mesyuarat exco, tiada semangat Pakatan Rakyat

Exco DAP yang dipecat Ean Yong Hian Wah tiba di Bangunan SUK Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 13 Ogos, 2014.Exco DAP yang dipecat Ean Yong Hian Wah menyelar tindakan empat exco PAS yang masih mahu menghadiri mesyuarat mingguan exco walaupun diarahkan pemimpin PKR dan DAP untuk memboikotnya.

Ean berkata, pihaknya kesal dengan sikap empat exco PAS yang masih mahu bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali gus tidak menunjukkan semangat kesepakatan dalam Pakatan Rakyat (PR).

"DAP kecewa dengan PAS sebab mereka tetap masuk mesyuarat.

"Mereka tidak ada semangat dalam Pakatan," katanya kepada pemberita sejurus tiba di lobi bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, pagi ini.
Beliau juga mendesak Khalid segera meletakkan jawatan dan mengembalikan semula mandat kepada rakyat Selangor. – 13 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-selar-pas-hadir-mesyuarat-exco-tiada-semangat-pakatan-rakyat#sthash.l8ooeVB4.dpuf
0 Komentar untuk "DAP selar PAS hadir mesyuarat exco, tiada semangat Pakatan Rakyat "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI