Exco yang dipecat Datuk Teng Chang Khim (tengah) bersama Elizabeth Wong (kanan) dan V Ganabatirau (kiri) bertemu media dan mengadakan sidang akhbar di lobi Bangunan SUK, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 13 Ogos, 2014. Exco DAP Selangor yang dipecat Datuk Teng Chang Khim mendakwa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cuba merampas kerajaan negeri kerana enggan melepaskan jawatan sebagai menteri besar.
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan itu berkata, Khalid sepatutnya mengundurkan diri daripada jawatan itu dan menyerahkan mandat yang diberikan rakyat Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kepada Pakatan Rakyat (PR).
"Beliau (Khalid) sepatutnya meletakkan jawatan secara terhormat kerana tidak mendapat sokongan lagi daripada Adun PR," katanya pada sidang media di Lobi Utama Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK) di Shah Alam, hari ini.
Sementara itu, ditanya mengenai pemecatan lima exco daripada PKR dan DAP semalam, Teng berkata isu pemecatan itu tidak sah daripada segi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor.
"Kami sudah terima surat pemecatan itu jam 9 pagi tadi tetapi berdasarkan perspektif undang-undang, Khalid perlu berjumpa dengan exco terlebih dulu sebelum berjumpa dengan Sultan bagi memaklumkan pemecatan lima exco itu," katanya.
Seorang lagi exco PKR Rodziah Ismail masih berada di luar negara pada ketika ini. – 13 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khalid-patut-letak-jawatan-secara-terhormat-kata-exco-dipecat#sthash.BGZ8eBwN.dpuf

0 Komentar untuk "Khalid patut letak jawatan secara terhormat, kata exco dipecat "