PAS guna krisis Selangor untuk ditendang keluar Pakatan? - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PAS guna krisis Selangor untuk ditendang keluar Pakatan?

Mungkin krisis menteri besar Selangor dijadikan sebagai strategi PAS untuk keluar daripada Pakatan Rakyat terutama ketika Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelihatan menyebelahi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Gambar fail The Malaysian Insider.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang memerlukan pertolongan besar daripada PKR dan DAP.

Pertolongan yang terakhir.

Beliau mahu pemimpin mereka untuk menyimpulkan sudah muak dengannya dan golongan ektremis di belakangnya dan memutuskan hubungan dengan PAS. Untuk dipendekkan cerita, presiden PAS itu mahu rakan-rakan sekutunya itu menendang keluar PAS daripada Pakatan Rakyat (PR).

Mengapa? Hadi tahu majoriti pimpinan PAS mahu parti Islam itu terus kekal dengan PR dan beliau tidak mampu berdepan dengan perlawanan dalam muktamar tahun depan sekiranya beliau yang mengeluarkan PAS daripada PR.
Jadi Hadi mahukan rakan-rakannya dalam PR yang menjadi “orang jahat” dan menyingkirkan partinya daripada gabungan politik alternatif kepada Barisan Nasional (BN) yang paling berjaya dalam sejarah negara.

Ini kelihatan menjadi strateginya dan dapat dilihat bagaimana beliau melayan pemimpin DAP dan PKR dan tidak mahu berkompromi dalam mesyuarat berasingan minggu ini.

Di sebalik mencari penyelesaian kepada kebuntuan untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor, presiden PAS itu mengambil sikap berlawan, agresif dan keliru dengan kekuatan sebenar partinya di peringkat akar umbi.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider dalam mesyuarat-mesyuarat tersebut, Hadi menimbulkan soal hudud, memberitahu sekutunya walaupun DAP dan PKR menentang, PAS akan tetap berusaha melaksanakan hukuman jenayah Islam itu di negara berbilang kaum Malaysia.

PAS juga tidak dapat menerima perempuan sebagai menteri besar, pendirian yang akan mencemarkan usaha PR untuk menggambarkan mereka sebagai gabungan politik progresif dan memenangi hati pengundi wanita.

Dalam mesyuarat tersebut juga diperlihatkan Hadi percaya beliau harus memainkan peranan lebih dominan dalam gabungan itu berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim dan suara PAS perlu jadi lebih kuat daripada PKR dan DAP.

Pendirian untuk bermusuh Hadi mengejutkan pemimpin DAP dan PKR. Mereka tahu mesyuarat tersebut tidak akan menjadi mudah tetapi mereka tidak bersedia dengan kata-kata agresif dan kekasaran Hadi.

Ia seperti Hadi sudah terlupa partinya berkongsi kemenangan dengan DAP dan PKR dalam dua perang – PRU12 dan PRU13 – dan menang bergaya dalam kedua-duanya.

Bagi seseorang yang partinya tidak begitu cemerlang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13); enggan menukar menteri besar Kedah sehingga menyebabkan negeri itu jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) dan memerlukan undi bukan Melayu untuk menang di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, Hadi angkuh dan mengenepikan kepentingan PR kepada PAS.

Sikap angkuh dan kasar Hadi menyebabkan mereka yang hadir dalam mesyuarat itu menyimpulkan beliau sedang cuba memprovokasi DAP dan PKR agar bertindak tegas termasuk memutuskan hubungan dengan PAS.

Setakat ini, pemimpin PKR dan DAP masih bersabar dan menunggu keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat Ahad ini yang dijangka akan meyaksikan kem Hadi menyerang golongan profesional dan sederhana parti Islam itu berhubung krisis Selangor.

Kemungkinan juga Hadi dan kemnya akan meninggalkan mesyuarat itu tetapi dengan kemenangan.

Jika itu berlaku, gabungan PKR-DAP-PAS akan terkubur. Kerana jelas terdapat perbezaan ketara di antara PKR-DAP di satu pihak dan PAS di pihak lain dan tidak boleh diketepikan.

Perbezaan paling besar adalah kedegilan Hadi untuk meneruskan hudud dan keengganannya untuk menerima keadilan gender.

Perkara sama berlaku dalam gabungan sebelum ini Barisan Alternatif (BA) yang berpecah pada 2001 kerana perbezaan di antara PAS dan DAP. Tetapi kali ini berlaku kepada gabungan lebih berjaya.

Dalam mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) hari ini akan memperlihatkan sejauh mana PAS akan bertindak sama ada menyelamatkan PR atau mengulangi sejarah BA. – 13 Ogos, 2014. – 13 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-guna-krisis-selangor-untuk-ditendang-keluar-pakatan#sthash.7RhjX4Xp.dpuf
0 Komentar untuk "PAS guna krisis Selangor untuk ditendang keluar Pakatan? "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI