Khalid pecat 6 Exco PKR, DAP - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Khalid pecat 6 Exco PKR, DAP

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertindak memecat enam Exco PKR dan DAP yang berkuat kuasa, hari ini.

Menurutnya, semua surat sudah dihantar kepada lima exco iaitu tiga dari DAP dan dua dari PKR. Manakala surat kepada seorang lagi Exco PKR masih belum dihantar kerana beliau berada di luar negara.

Sebelum itu, enam Exco PKR dan DAP dalam satu kenyataan berkata, pihak mereka tidak akan bertemu Abdul Khalid kecuali pada mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bagi mengelakkan sebarang perbincangan mengenai kedudukan parti masing-masing.

"Dalam tempoh peralihan ini, urusan yang melibatkan kami adalah mengikut mandat yang telah ditetapkan parti iaitu kedudukan dan fungsi Abdul Khalid hanyalah dalam kapasiti peralihan sementara menunggu seorang menteri besar dari PR dilantik.

"Abdul Khalid dan MMKN tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian.  Perkara-perkara ini akan dilaksanakan serta-merta," kata kenyataan yang dikeluarkan bersama oleh Datuk Teng Chang Khim, Rodziah Ismail, Ean Yong Hian Wah, Elizabeth Wong, Dr Daroyah Alwi dan V Ganabatirau itu.
0 Komentar untuk "Khalid pecat 6 Exco PKR, DAP"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI