PAS mahu Azmin sebab istana enggan terima Wan Azizah, kata exco PAS - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PAS mahu Azmin sebab istana enggan terima Wan Azizah, kata exco PAS

Tindakan PAS mencalonkan nama Pengerusi PKR Mohamed Azmin Ali kerana enggan lawan kehendak istana, kata Exco PAS Sallehen Mukhyi. Gambar fail The Malaysian Insider.Exco Hal Ehwal Islam Selangor Sallehen Mukhyi berkata tindakan PAS mencalonkan nama Pengerusi PKR Selangor Mohamed Azmin Ali kerana enggan melawan kehendak istana yang tidak menerima Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar Selangor.

"Memang kita tidak setuju Dr Wan Azizah bukan kerana dia perempuan, tetapi kerana kita dimaklumkan istana tidak memperkenankan Dr Wan Azizah.

"Tetapi mungkin ini satu percubaan dibuat secara rasmi untuk hantar nama Dr Wan Azizah, lebih daripada itu saya tidak mahu komen," katanya kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR dicalonkan PAS sebagai calon kedua semalam, tetapi Pakatan Rakyat (PR) selepas bermesyuarat bersetuju hanya nama Dr Wan Azizah yang akan dikemukakan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah nanti. – 18 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-mahu-azmin-sebab-istana-enggan-terima-wan-azizah-kata-exco-pas#sthash.nVm3SjcA.dpuf
0 Komentar untuk "PAS mahu Azmin sebab istana enggan terima Wan Azizah, kata exco PAS"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI