SEPANJANG penglibatannya hampir 15 tahun dalam industri, pengarah prolifik, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, berjaya menghasilkan lebih 30 karya. Sebut sahaja genre seram, komedi, aksi, cinta mahupun drama, kesemua diadun dalam setiap filemnya.
Walaupun cuba menduga selera penonton dengan pelbagai bentuk genre, namun percaturan itu tidak sia-sia malah kebanyakan karyanya berjaya menambat hati penonton dan meraih kutipan tinggi di pawagam.
Antara koleksi filem arahannya yang berjaya dari segi kutipan termasuk, Adnan Sempit, Congkak, Jangan Pandang Belakang Congkak, Mael Lambung, Gangster Celop dan Lari. Meskipun keadaan industri kini agak goyah, namun perjuangan Ahmad Idham tidak terhenti di situ walaupun filem, Cinderella, gagal memenangi hati penonton.
Malah, langkah pengarah terkenal ini terus berani dengan mempertaruhkan filem berat, Tembus yang telah menemui penonton di pawagam sejak Aidilfitri lalu. Entah di mana silapnya, filem ini dilihat kurang memikat halwa penonton malah kutipan yang diterima jauh lebih rendah daripada karya sebelum ini.
Walaupun filem yang dibarisi pelakon hebat Aaron Aziz dan Luna Maya ini menerima pujian daripada pengkritik, namun pengarah ini terpaksa berdepan dengan golongan 'pengkritik' alam maya. Enggan membiarkan golongan itu terus menilai karyanya dengan komen negatif, Ahmad Idham tampil menyelar kenyataan dan menyifatkan mereka umpama 'tin kosong'.
Ini bukanlah kali pertama Ahmad Idham bersuara, malah sebelum ini, dia pernah menegur kurator yang juga pelajar Diploma Komunikasi dan Pengajian Media, yang mempertikaikan kehadirannya di Universiti Teknologi Mara (UITM) Lendu, ketika memberi penerangan mengenai pasaran filem tempatan.
Situasi ini memperlihatkan pengarah berpengalaman ini sukar untuk menerima pendapat orang awam dan tidak boleh ditegur. Untuk mengetahui penjelasan lanjut mengenai perkara itu dan filem terbaharunya, ikuti temu bual khas Ahmad Idham bersama Zass.
Sepanjang berada di pawagam, berapa kutipan yang berjaya dikumpulkan filem, Tembus?
Saya akui, kutipan filem ini agak perlahan dan hanya meraih hampir RM400,000 sepanjang tayangan walaupun menelan kos keseluruhan hampir RM1.3 juta. Pun begitu, sebagai penggiat seni yang sudah lama bergelumang dalam industri, saya menerima ketentuan ini dengan hati yang terbuka. Ia adalah perkara biasa dalam percaturan industri. Saya terima seadanya rezeki ALLAH SWT.
Secara keseluruhannya, adakah anda berpuas hati dengan filem ini?
Ya, saya memang berpuas hati dengan hasil kerja saya dan ia turut diakui pengkritik profesional. Seperti yang saya katakan sebelum ini, pawagam bukanlah penentu filem itu berjaya atau tidak. Malah, 'review' yang dibuat sebelum ini oleh media dan pengkritik amat melegakan saya dan rata-rata menyifatkan filem ini bukanlah karya 'kosong'.
Sebelum ini, ada dalam kalangan pengkritik yang memberi cadangan dan kritikan mengenai genre filem saya yang lebih rapat dengan aksi, 'rempit' dan seumpamanya. Jadi, saya sahut cabaran mereka dengan menampilkan Tembus sebagai satu movement baharu, ada nilai artistik dan bukannya berbentuk komersial. Saya buktikan bahawa hasil kerja saya bukanlah untuk mengejar keuntungan semata-mata. Namun, apa boleh buat, saya 'tewas' dalam kalangan penonton.
Sejak kebelakangan ini, filem anda semakin menunjukkan kemerosotan dalam segi kutipan. Adakah ianya menggugat perjuangan anda dalam industri?
Sebenarnya, bukan filem saya sahaja yang mengalami situasi sebegini, malah produksi lain turut berdepan masalah sama. Pelaburan dalam industri tidak menjamin keuntungan dan ia bergantung kepada selera penonton.
Kita sendiri tidak dapat menduga penerimaan penonton terhadap filem kita. Kalau saya mahu tarik 'handbrake', sejak dahulu lagi saya lakukannya. Namun, cinta saya terhadap industri tidak berbelah bahagi. Tambahan pula, kalau saya undur, bagaimana dengan golongan belia yang bakal tampil sebagai pengarah baharu?
Bagaimana pula hala tuju golongan muda yang mengharapkan peluang pekerjaan dalam bidang ini? Perjuangan saya dalam industri tetap diteruskan dan saya akan tampil dengan karya-karya lain termasuk genre yang sama. Ini adalah tanggungjawab saya pada industri.
Baru-baru ini, anda dikatakan telah menyelar peminat dengan menggelar mereka sebagai 'tin kosong'...
Ya, memang saya menggelar mereka sebagai 'tin kosong' dan itu cukup tepat menggambarkan perilaku mereka. Bukan niat saya untuk merendah-rendahkan intelektual penonton, namun mereka sangat kurang ajar dalam memberi komen.
Malah, cara kritikan dan penggunaan kata-kata juga cukup biadab. Saya tidak memerlukan orang-orang sebegitu untuk komen mengenai filem saya. Mengapa mereka perlu berang selepas saya membalas kritikan itu kerana niat saya hanyalah untuk 'bermain bahasa' dengan mereka.
Saya malas nak layan mereka, namun kalau dibiarkan, akan merosakkan industri pula. Saya nasihatkan mereka, belajar dahulu mengenai industri sebelum tampil mengkritik kerana kritikan kita akan melambangkan tahap IQ kita sendiri. Saya terpanggil untuk 'menyekolahkan' mereka kerana bimbang keadaan akan berterusan dan menjadi virus kepada industri.
Ada yang menganggap, anda kini mudah melatah dan tidak boleh menerima kritikan...
Saya bukanlah individu yang mudah melatah apabila dijentik, namun mereka perlu banyak belajar sebelum mengeluarkan kritikan. Sekiranya kritikan itu datangnya daripada pengkritik profesional, saya terima dengan hati yang terbuka dan cuba memperbaiki kelemahan di masa akan datang.
Namun, apabila isu ini timbul, saya tidak memandang kritikan berkenaan sebagai isu besar kerana mereka hanyalah budak-budak mentah yang mempunyai pandangan peribadi mengenai filem orang sedangkan mereka tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang ini. Mereka bukanlah pengkritik kerana kerja mereka hanyalah memberi komen negatif dan bertujuan untuk menjatuhkan reputasi filem tempatan.
Sebelum ini, saya pernah berdepan dengan isu yang sama, namun ramai di kalangan mereka mula tampil meminta maaf di atas ketelanjuran kata-kata. Saya tiada masalah dalam perkara ini dan sedia memaafkan mereka.
Tidakkah anda bimbang isu berkenaan boleh menggugat penonton filem anda selepas ini?
Sudah 15 tahun saya bergelar pengarah dan saya tidak rasa, isu seremeh ini boleh menghilangkan peminat filem saya. Malah, saya yakin, peminat dan penonton lebih bijak dalam menilai kesahihan cerita dan kebenaran.
Malah, saya percaya, sesuatu yang palsu tidak akan kekal. Lagipun, zaman sekarang makin ramai yang berminat dengan kerja-kerja kewartawanan dengan mewujudkan blog-blog untuk mengkritik serta mengulas isu-isu semasa dalam dunia hiburan.
Namun, saya tidak kisah dengan kewujudan mereka kerana saya tahu, mereka hanyalah watak-watak yang tidak memiliki pengetahuan dan ilmu yang tinggi dalam pendidikan formal. Malah, ramai dalam kalangan mereka tidak pernah menjejakkan kaki ke universiti. Mereka hanya ingin menulis mengikut kemahuan serta penilaian mereka sendiri. Mereka hanyalah individu yang mencari populariti dengan mengaibkan orang lain.
Selain Tembus, apakah karya terbaharu anda selepas ini?
Insya-ALLAH, sedikit masa lagi, saya akan tampil dengan karya terbaharu, Kriptik, yang bakal dijayakan oleh pelakon hebat, Aaron Aziz dan Nabil Ahmad. Filem ini merupakan filem ke 11 terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd dan menampilkan Aaron sebagai pengarah.
Kriptik mengisahkan Maria, pelajar kolej ditemui dalam keadaan koma di tepi jalan dan hasil pemeriksaan doktor, Maria telah dirogol. Anggota penyiasat, Koperal Romi dan Lans Koperal Fakrul ditugaskan untuk menyelesaikan kes berkenaan. Dalam mendapatkan maklumat dan mengetahui siapa dalang di sebalik kejadian, mereka berdua ditugaskan untuk menyamar di bawah kod ‘Romeo Kota'.
Bagaimana pula dengan perjalanan akademi filem, Ahmad Idham Film Academy (AIFA)?
Alhamdulillah, pengambilan untuk AIFA sudah dibuat dan pelajar sudah memulakan sesi pembelajaran mereka. Malah, proses untuk mendapatkan pembiayaan juga sudah berjaya dan pelajar boleh mendapatkan pinjaman untuk menyertai pengajian di sini. Insya-ALLAH, sebulan dua lagi, saya akan melancarkan AIFA secara rasmi.
Akhir sekali, secara keseluruhan, apa pandangan anda mengenai industri kini?
Walaupun ramai yang menganggap media sosial memberi impak positif, namun masih ada impak negatif di sebaliknya. Malah, saya percaya, sekiranya ia tidak dibendung, ianya boleh membawa kejatuhan teruk pada industri. Namun, apa yang saya harapkan hanyalah kepercayaan penonton. Kepercayaan daripada golongan ini perlu dikembalikan agar industri terus bernafas.

0 Komentar untuk "Ahmad Idham melenting filem tak laku?"