Pakatan lebih kuat selepas krisis MB Selangor, kini beri tumpuan kepada kepimpinan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pakatan lebih kuat selepas krisis MB Selangor, kini beri tumpuan kepada kepimpinan

Para pemimpin PAS di sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Agung tentang isu menteri besar Selangor yang berakhir hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 17 Ogos, 2014.
Adakah terdapat keraguan PAS akan mengambil ketetapan menyokong cadangan agar Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil alih kedudukan sebagai menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim?

Jawapan ringkasnya adalah “ya”. Dan sepanjang 24 hari lalu sejak PKR secara rasmi mencadangkan nama beliau, gabungan tiga parti – DAP, PAS dan PKR – terikat kepada idea PAS mungkin mempunyai pendapat lain tentang isu menteri besar Selangor itu.

Namun, kepimpinan PAS membuat ketetapan hari ini, memutuskan Dr Wan Azizah dan timbalan beliau, Mohamed Azmin Ali, boleh menggantikan Khalid – menteri besar penggal kedua yang dipecat minggu lalu kerana melanggar perintah parti agar meletakkan jawatan.

Para pemimpin dan wakil parti komponen bersetuju keputusan PAS mengukuhkan Pakatan Rakyat yang muncul selepas Pilihan Raya Umum 2008 (PRU12) dan memenangi lebih banyak kerusi dalam PRU13.
Mereka juga menyedari kemelut di Selangor yang memudarkan pemerintahan mereka di negeri terkaya di negara ini, secara ironinya bertentangan dengan matlamat Langkah Kajang untuk meningkat dan mengukuhkan kerajaan Pakatan di negeri ini.

Episod ini juga menunjukkan wujudnya hubungan antara parti yang sangat erat dan mesra di peringkat ahli pada dua PRU terakhir dan Pilihan Raya Kecil (PRK) yang tidak terkira banyaknya, tetapi di kalangan pimpinan, hubungan ini hanya sekadar rakan sekerja yang saling meragui niat politik masing-masing.

"Mungkin kita boleh elakkannya jika para pemimpin PKR menerangkan kepada sekutu mereka Langkah Kajang sebelum mencadangkan nama Dr Wan Azizah. Tetapi ia tidak dilakukan.

"Kita perlu memberi tumpuan kepada kepimpinan sekarang, bagi mengelakkan masalah sama berulang pada masa akan datang," kata seorang wakil parti kepada The Malaysian Insider.

Menjadi rahsia terbuka yang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak rapat dengan Ketua  Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim – fakta yang didedahkan pada satu mesyuarat singkat minggu lepas yang diadakan  untuk menyelesaikan isu MB Selangor.

Sumber Pakatan juga berkata, pemimpin DAP Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang yang terpaksa menyediakan ruang terbuka bagi pimpinan tertinggi parti masing-masing dalam tempoh tiga minggu lalu.

"Hakikatnya, DAP satu-satunya parti yang memberi sokongan padu kepada Dr Wan Azizah. Parti lain mempunyai isu tertentu tetapi ia mengambil kesabaran dan masa memperbaiki keadaan dan bergerak ke hadapan," kata seorang sumber.

Keputusan PAS hari ini, mereka berkata, adalah hasil kerja keras dalam PAS dan juga dalam Pakatan untuk memastikan kejayaan selanjutnya bagi gabungan parti pembangkang itu.

"Keputusan PAS menunjukkan kita perlu bertindak bersama-sama, bukannya seorang diri," Setiausaha Agung DAP Guan Eng memberitahu The Malaysian Insider petang ini.

"Kami menjadi lebih kuat dengan kejadian ini," kata Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang. Pakatan menguasai tiga negeri – Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor, serta kini memegang 87 kerusi persekutuan.

Bagaimanapun, beliau mengakui Pakatan perlu bekerja lebih keras untuk mengatasi kejatuhan politik dan pentadbiran sejak tiga minggu lepas apabila hanya DAP dan PKR segera menyokong Dr Wan Azizah tetapi pemimpin PAS tidak pasti dan meminta lebih masa.

"Kita mempunyai tiga tahun untuk menebus semula apa yang berlaku. Saya pasti ia boleh dilakukan," kata Guan Eng.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat PAS Dr Dzukefly Ahmad bersetuju Pakatan kini lebih kuat selepas isu MB Selangor.

"Keputusan itu menguatkan PR dan kami kini boleh menggantikan Khalid, " kata Dr Dzukefly, ahli strategi utama dalam PAS bagi dua PRU lalu yang bekerja rapat dengan sekutu PR lain untuk memastikan pakatan kukuh.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil memuji keputusan PAS hari ini sebagai "satu peristiwa penting dalam proses kematangan gabungan politik ".

"Penyelesaian konflik seperti yang kita lihat dalam lanjutan episod ini adalah satu prasyarat bagi hubungan kerja yang berfungsi dan pragmatik antara parti komponen Pakatan.

"Saya rasa PAS mengambil pendekatan yang pragmatik. Ini menunjukkan kepada kita PAS jauh daripada menjadi entiti politik mono-budaya, sebaliknya mempunyai pelbagai pandangan dan suara," katanya.

Namun, beliau bersetuju pihak pakatan "perlu bekerja keras untuk membaiki imej buruk yang terjadi disebabkan kemelut ini ".

"Saya rasa jurang perbezaan ini boleh diatasi," kata Fahmi, menambah suntikan dan kemasukan pemimpin muda ke dalam parti akan memastikan perubahan kepada keadaan lebih baik sebelum PRU akan datang.

Seorang pemimpin pakatan meletakkannya ringkas dengan berkata "Ini adalah langkah pertama bagi satu perjalanan yang panjang untuk kita di Selangor. Kita mempunyai banyak kerja untuk dilakukan." – 17 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pakatan-lebih-kuat-selepas-krisis-mb-selangor-kini-beri-tumpuan-kepada-kepi#sthash.gxMGYizK.dpuf
0 Komentar untuk "Pakatan lebih kuat selepas krisis MB Selangor, kini beri tumpuan kepada kepimpinan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI