PKR enggan letak Khalid jadi calon PRU13, kata pemimpin PAS - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PKR enggan letak Khalid jadi calon PRU13, kata pemimpin PAS

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bercakap kepada hadirin pada forum mengenai krisis Selangor, malam tadi di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 18 Ogos, 2014.PKR tidak mahu meletakkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) walaupun mempunyai rekod yang cemerlang, kata pemimpin PAS Khalid Samad.

Ahli Parlimen Shah itu berkata, PAS tidak bersetuju kerana khuatir kesan keputusan itu terhadap pilihan raya.

"Ketika PRU13, PKR memaklumkan kepada PAS mereka tidak lagi mahu Khalid bertanding," katanya pada satu forum malam tadi.

"Pemimpin PAS bagaimanapun tidak bersetuju dengan PKR kerana tanpa Khalid, rakyat Selangor akan mula membuat spekulasi siapa bakal menteri besar.
"Itu mungkin mengakibatkan Pakatan Rakyat kehilangan negeri terkaya di Malayasia kerana pengundi khuatir PAS dan DAP mungkin mengetuai Selangor,” katanya.

Khalid berkata, derdasarkan faktor itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju meletakkan Khalid Ibrahim sebagai calon pilihan raya. – 18 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-enggan-letak-khalid-sebagai-calon-pru13-kata-pemimpin-pas#sthash.YmzOACYr.dpuf
0 Komentar untuk "PKR enggan letak Khalid jadi calon PRU13, kata pemimpin PAS "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI