Tuduhan Wall Street Journal tidak berasas - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Tuduhan Wall Street Journal tidak berasas

PASIR MAS - Masyarakat perlu bersikap matang dan bijak menilai isu tuduhan yang dilemparkan Wall Street Journal (WSJ) terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan hampir RM2.6 bilion didepositkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Setiausaha Umno Kelantan, Datuk Hanafi Mamat berkata, tuduhan dilemparkan itu dilihat tidak berasas dan mempunyai niat jahat.

Menurutnya, kebiasaan fitnah dicipta WSJ itu ditujukan kepada pemimpin dunia ketiga dalam agenda politik semasa.

“Kredibiliti WSJ diragui apabila media antarabangsa itu pernah disaman kerajaan Singapura beberapa kali sebelum ini kerana memfitnah.

“Saya percaya dakwaan ini merupakan konspirasi terancang untuk menjatuhkan kepimpinan Najib dan memberikan persepsi negatif kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis berbuka puasa di rumah Pengerusi Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Kelantan, Datuk Idris Muhamood di Kampung Endong, di sini, semalam.

Sebelum ini, WSJ melaporkan, penyiasat negara ini didakwa mengesan hampir RM2.6 bilion (AS$700 juta) deposit ke dalam akuan dipercayai akaun peribadi milik Najib.

Menurut Hanafi yang juga Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, rakyat perlu bersatu padu dan berdiri teguh di belakang kepimpinan Najib dalam isu berkenaan kerana melibatkan maruah negara yang tercemar gara-gara dakwaan disifatkan sebagai tidak berasas.

Dalam pada itu, kata Hanafi, Umno Kelantan menyokong penuh tindakan Najib untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas WSJ.

Menurutnya, langkah itu tepat bagi membersihkan nama beliau dan negara daripada tuduhan tidak berasas yang dilemparkan WSJ.

“Beliau (Najib) tidak perlu berlembut dalam hal ini, tindakan undang-undang wajar diambil terhadap pihak berkenaan demi kepentingan negara,” katanya.

0 Komentar untuk "Tuduhan Wall Street Journal tidak berasas"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI