1MDB: Kementerian Kewangan Belum Serah Walau Satu Dokumen - Tony Pua - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

1MDB: Kementerian Kewangan Belum Serah Walau Satu Dokumen - Tony Pua

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) masih belum menerima dokumen daripada Kementerian Kewangan (MoF) berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli PAC Tony Pua berkata, bukan 1MDB sahaja yang masih belum menyerahkan dokumen seperti penyata bank dan perjanjian yang berkaitan kepada Ketua Audit Negara (AG).

Menurut Pua, PAC tidak menerima walau satu dokumen  walaupun telah bertemu dengan pegawai-pegawai Kementerian Kewangan sejak April.

"Dokumen-dokumen yang telah diminta daripada Kementerian Kewangan belum diserahkan kepada kami walaupun peringatan berulang kali diberikan," katanya.

Beliau berkata PAC juga tidak menerima dokumen daripada juruaudit Deloitte dan KPMG, yang ditemui mereka pada bulan Mei dan Jun.

"Ia telah dipersetujui semasa mesyuarat bahawa proses penyerahan dokumen-dokumen kepada PAC daripada juruaudit akan melalui Kementerian Kewangan," katanya.

Pua berkata beliau bimbang pegawai-pegawai Kementerian Kewangan telah dihalang atau diarahkan untuk tidak menyerahkan dokumen-dokumen ini, di mana PAC memerlukannya untuk menjalankan siasatan mereka.

"Persoalannya adalah, adakah terdapat arahan untuk mengelakkan dokumen-dokumen ini daripada sampai PAC, atau adakah terdapat niat untuk melambatkannya selama mungkin?", soal Pua.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata beliau mengalu-alukan siasatan yang dijalankan terhadap 1MDB oleh pasukan petugas khas berikutan dakwaan dalam The Wall Street Journal.

Pada pandangan peribadinya, Pua berkata, isu 1MDB itu merupakan skandal "raksasa".

Pua berkata beliau tidak tahu berapa lama masa akan diambil untuk menyelesaikan isu itu.

0 Komentar untuk "1MDB: Kementerian Kewangan Belum Serah Walau Satu Dokumen - Tony Pua"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI