Khalid Samad: Kami Sudah Sedia Untuk Keluar Pas Dan Menyertai Parti Baru - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Khalid Samad: Kami Sudah Sedia Untuk Keluar Pas Dan Menyertai Parti Baru

Pimpinan Progresif PAS yang dikenali sebagai Gerakan Harapan Baharu bersedia meninggalkan PAS dan menyertai parti baru sekiranya benar wadah tersebut bakal diwujudkan selepas aidilfitri ini, kata Khalid Samad.

"Kalau mengikut Perlembagaan PAS memang tidak boleh menjadi ahli parti lain. Secara automatiknya keahliannya akan dibatalkan sekiranya ahli PAS menubuhkan parti baru dan menyertainya. Tidak perlu dipecat", katanya.

Beliau diminta mengulas peringatan yang cuba disampaikan oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang, dengan mengharapkan supaya semua ahli parti Islam itu kekal termasuk kumpulan pimpinan progresif sekiranya tidak mahu dipecat.

Dalam masa yang sama, Hadi berkata untuk menubuhkan sebuah parti Islam baru, asas Islam yang kukuh diperlukan, bukan kerana perasaan kecewa dan tidak puas hati.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, matlamat utama Harapan Baharu ini adalah bertujuan untuk membawa perjuangan Islam kerana dilihat PAS sebagai sebuah Parti Islam yang sudah tidak mampu membawanya dalam satu kaedah yang sesuai dengan situasi masyarakat pada masa sekarang kecuali dengan wujudnya satu parti politik yang baru.

"Bagi saya sendiri, ini tidak merupakan sesuatu perkara yang bercanggah dengan semangat perlembagaan PAS atau mana-mana. Mana ada orang yang boleh menjadi ahli kepada dua parti. Tak ada benda yang pelik atau menghairankan", katanya ketika dihubungi.

Jelasnya lagi, kenyataan daripada Presiden itu juga tidak dianggap satu amaran kerana ia hanyalah sebagai satu peringatan dan akan menerimanya dengan baik.

Tambahnya, sekarang ini Harapan Baru hanya memerhati sahaja apa yang berlaku. Khususnya tindakan di dalam PAS sendiri.

"Adakah PAS telah kembali kepada semangat yang telah ditunjukkan dan diasakan oleh Almarhum Fadzil Muhammad Noor dan Nik Abdul Aziz Nik Mat dimana parti-parti pembangkang bekerjasama secara jujur di antara satu sama lain.

"Kerjasama yang kukuh, mantap dan jujur di kalangan ahli politik pembangkang adalah merupakan satu perkara yang penting bagi memungkinkan Barisan Nasional dapat dikalahkan", tegasnya lagi.

0 Komentar untuk "Khalid Samad: Kami Sudah Sedia Untuk Keluar Pas Dan Menyertai Parti Baru"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI