MLM 2014: Kurang Pengalaman Punca Kepoh & Sayot Tersingkir - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

MLM 2014: Kurang Pengalaman Punca Kepoh & Sayot Tersingkir

Minggu pertama gelanggang Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) telah menyaksikan dua kumpulan iaitu Kepoh dan Sayut meninggalkan pentas sekaligus melupakan hasrat untuk bergelar juara.

Keputusan penyingkiran telah diumumkan Dato’ Jalaluddin Hassan sebaik sahaja tamat persembahan 15 peserta MLM 2014.

Tiga kumpulan yang telah mendapat undian terendah iaitu Shake, Kepoh dan Sayut naik ke atas pentas selepas nama mereka disebut pengacara MLM 2014, Dato’ AC Mizal.

Nama kumpulan Kepoh diumumkan tersingkir oleh Jalaluddin sebelum Sayut turut menerima nasib sama seperti rakan seperjuangan mereka itu.

Penyingkiran dua peserta pada minggu pertama ini telah membuatkan keadaan di Dewan Teater Selangor, Shah Alam gamat seketika kerana menyangka hanya terdapat satu penyingkiran pada malam ini (Jumaat).

Bagaimanapun sebaik sahaja Sayut diumumkan sebagai peserta yang bakal mengikut jejak langkah Kepoh, ada di antara penonton yang tidak berpuas hati kerana kedudukan kumpulan ini sangat kukuh sebelum disingkirkan.

Dalam pada itu, anggota kumpulan Kepoh, Izu akui kurangnya pengalaman antara punca yang menyebabkan mereka  gagal berada di kedudukan yang lebih selesa.

“Kami anggota Kepoh berterima kasih kepada Astro kerana telah memberi peluang ini kepada kami dan ini merupakan pengalaman paling bermakna buat kami bertiga.

“Kami terpaksa akur dengan kehebatan dimiliki oleh peserta-peserta yang lebih berpengalaman dari kami…,” katanya bagi pihak Pian dan Kamal.

Sementara itu bagi kumpulan Sayut, kedudukan selesa di peringkat awal tidak menjamin keistimewaan.

“Kami akur perjalanan Sayut terhenti pada minggu pertama ini…Kepada para peminat yang telah mengundi, terima kasih kerana kepercayaan itu,” ujar Filzah mewakili Zam Jr. dan One.

Mereka ditemui pada Majlis Sidang Media MLM 2014 selepas tamat persembahan.

Kini tinggal 13 lagi peserta yang bakal berentap di pusingan seterusnya. Jika anda mahu melihat kumpulan kegemaran anda terus bertahan, teruskan mengundi!

Maharajala Lawak Mega 2014 bersiaran secara langsung dari Dewan Teater Selangor, Shah Alam pada setiap Jumaat bermula 14 November, jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (135).
Layari www.maharajalawamega.com.my untuk mendapatkan info terkini program Maharaja Lawak Mega 2014

0 Komentar untuk "MLM 2014: Kurang Pengalaman Punca Kepoh & Sayot Tersingkir"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI