MLM 2014: Empat Juri Profesional Diperkenal, Akui Tugas Pengkritik Mencabar - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

MLM 2014: Empat Juri Profesional Diperkenal, Akui Tugas Pengkritik Mencabar

Selepas beberapa ketika menjadi tanda tanya, akhirnya barisan juri Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) terjawab pada hari pertama gelanggang MLM 2014 membuka tirainya.

Suasana dalam Dewan Teater Selangor, Shah Alam menjadi gamat dengan sorakan penonton apabila pengacara MLM 2014, Dato’ Ac Mizal mula memperkenalkan barisan 15 peserta sebelum empat juri profesional dijemput ke pentas.

Jika sebelum ini nama pelakon Nur Fazura pernah disebut-sebut sebagai juri MLM 2014, nampaknya dakwaan tersebut benar apabila dia telah diperkenalkan sebagai juri tetap selepas pelakon versatile Dato’ Jalaluddin Hassan.

Dua lagi juri yang terlibat dalam MLM 2014 ialah penyanyi popular dari Singapura, Taufik Batisah dan Farah Quinn seorang chef selebriti Indonesia.

Bagaimanapun kesemua juri profesional tersebut ketika ditemui pada Majlis Sidang Media MLM2014 pada malam Jumaat,  mengakui tugas sebagai pengkritik bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

Selain itu mereka turut berpuas hati dengan persembahan para peserta pada minggu pertama ini dan memuji idea kereatif para pelawak dalam menghasilkan lawak yang lebih segar dan bertenaga.

Dalam pada itu Jalaluddin Hassan, Farah Quinn, Taufik Batisan dan Fazura turut mengingatkan para peserta supaya tidak lalai dan berusaha dengan lebih gigih jika mahu mara ke peringkat seterusnya.

Inilah salah satu perkara yang menarik dan unik mengenai MLM, kerana barisan juri yang dipilih untuk menilai para peserta bukan berlatarbelakangkan pelawak.

Antara yang pernah diberi penghormatan sebagai juri MLM ialah Chef Wan, Dato’ Yusof Haslam, Dato’ Siti Nurhaliza, Luna Maya, Sheikh Haikel, Zainal Abidin Hassan, Nora Danish, Lisa Surihani dan ramai lagi.

Malah tahun lalu MLM 2013 diserikan lagi dengan kehadiran pelakon cantik, Nora Danish juga pengarah terhebat negara iaitu Datuk Yusof Haslam yang melengkapkan empat barisan juri untuk tahun lalu.

Persembahan para peserta dinilai berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan menerusi elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, kreativiti dan bakat serta kemahiran lakonan daripada perspektif pandangan mata sendiri.

Masih menggunakan format yang sama seperti MLM edisi sebelum ini iaitu 70 peratus menerusi undian para peminat dan 30 peratus permarkahan daripada pihak juri profesional.

Maharajala Lawak Mega 2014 bersiaran secara langsung dari Dewan Teater Selangor, Shah Alam pada setiap Jumaat bermula 14 November, jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (135).

Layari www.maharajalawamega.com.my untuk mendapatkan info terkini program Maharaja Lawak Mega 2014!

0 Komentar untuk "MLM 2014: Empat Juri Profesional Diperkenal, Akui Tugas Pengkritik Mencabar"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI