Wan Azizah bidas kritikan beliau tak layak jadi MB Selangor - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Wan Azizah bidas kritikan beliau tak layak jadi MB Selangor

Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail (kiri) meninggalkan podium bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Kongres Nasional di Stadium Melawati Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 23 Ogos, 2014. Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membidas kritikan yang menganggapnya tidak layak menjadi menteri besar Selangor hanya kerana statusnya sebagai "orang luar" dan seorang wanita.

Dr Wan Azizah berkata, kredibilitinya sebagai pemimpin politik sejak 15 tahun lalu tidak patut dipertikaikan, selain pernah menjadi ketua keluarga semasa suaminya yang juga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan selama 6 tahun.

"Dalam memilih pemimpin, kita harus jelas akan kriteria yang patut kita guna pakai, biarpun di peringkat parti, negeri mahupun negara.

"Sudah tentu kelayakan, kesungguhan, wibawa dan amanah sepatutnya menjadi kriteria utama. Jantina, umur dan rupa paras hanyalah alasan semata," katanya dalam Ucapan Dasar Presiden di  Kongres PKR di Stadium Malawati Shah Alam, hari ini. – 23 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/wan-azizah-bidas-kritikan-beliau-tak-layak-jadi-mb-selangor#sthash.Z6rgwSQE.dpuf
0 Komentar untuk "Wan Azizah bidas kritikan beliau tak layak jadi MB Selangor "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI