‎PAS bincang sama ada sokong Wan Azizah sebagai MB Selangor Isnin‎ ini - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

‎PAS bincang sama ada sokong Wan Azizah sebagai MB Selangor Isnin‎ ini

PAS pada 17 Ogos sudahpun mencalonkan Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar The Malaysian Insider oleh 23 Ogos, 2014.PAS akan memutuskan sama ada untuk menghantar surat kepada Sultan Selangor untuk menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusatnya pada Isnin, kata sumber parti.

Mereka berkata, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) diberitahu tentang pendirian terbaru PAS tentang calon menteri besar Selangor semasa mesyuarat semalam.

"Kami akan bertemu lagi kerana keputusan awal kami adalah mencalonkan dua orang. Kini kepimpinan Pakatan memutuskan hanya Dr Wan Azizah sahaja calon, oleh itu kami akan bertemu lagi," seorang sumber PAS memberitahu The Malaysian Insider hari ini.

PAS pada 17 Ogos sudahpun mencalonkan Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
PR bagaimanapun memutuskan supaya hanya Dr Wan Azizah sahaja yang diletakkan sebagai calon. – 23 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-bincang-sama-ada-sokong-wan-azizah-sebagai-mb-selangor-isnin-ini#sthash.2bX5Oaj5.dpuf
0 Komentar untuk "‎PAS bincang sama ada sokong Wan Azizah sebagai MB Selangor Isnin‎ ini "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI