Rafizi nafi campur tangan perjanjian air Selangor - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Rafizi nafi campur tangan perjanjian air Selangor

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli kesal dengan tuduhan liar melampaui batas dan menjejaskan imejnya di mata masyarakat apabila dikatakan menerima komisen lumayan dengan terlaksananya perjanjian konsesi air di Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Julai, 2014.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini menafikan dakwaan beliau dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba terlibat dalam perjanjian dengan syarikat konsesi air untuk mendapatkan komisen.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau berasa sebarang perbezaan pendapat mengenai kaedah proses penstrukturan air sewajarnya dibincangkan bersama, bukan melalui media.

"Tuduhan-tuduhan liar ini ada menyebut jumlah yang besar kononnya melibatkan berpuluh-puluh juta.

"Bagaimanapun, oleh kerana tuduhan liar itu melampaui batas dan menjejaskan imej saya, Anwar dan PKR, saya berbincang dengan beberapa pimpinan kanan dan dinasihati supaya memberi penerangan untuk membolehkan orang ramai tahu keadaan sebenar," kata Rafizi dalam penjelasannya melalui satu kenyataan.
Kebimbangan yang disuarakan dalam bulan Februari 2014 menjadi kenyataan apabila kerajaan pusat enggan melaksanakan janji mereka menggunakan akta untuk menyempurnakan penstrukturan semula industri air di negeri itu, katanya.

Rafizi berkata, beliau juga khuatir tarif air di Selangor akan naik mendadak dalam tahun yang dekat dengan pilihan raya umum akan datang.

"Kroni kuat Umno iaitu Tan Sri Rozalli Ismail akan menerima harga tawaran kerajaan Selangor kerana ia lumayan dan jauh mengatasi nilai sebenar syarikatnya.

"Pemegang konsesi Loji Sungai Selangor (loji terbesar membekalkan air kepada hampir 60% pengguna) iaitu Splash, akan menolak kerana harga tawaran awal dipotong oleh kerajaan Selangor untuk jumlah itu dibayar kepada Rozalli," katanya.

Rafizi turut menyuarakan kekhuatiran Projek Langat 2 diteruskan dan kontrak diberikan kepada kroni Umno sedangkan bayarannya nanti ditanggung oleh rakyat Selangor.

Manakala, masalah bekalan air di Selangor berterusan hingga menimbulkan kemarahan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

"Selepas hampir 6 bulan, sehingga kini penstrukturan air tidak nampak ada kemajuan di Selangor. Pelbagai kontroversi dan pertanyaan terus timbul seperti yang saya akan terangkan selepas ini," katanya.

"Perbezaan pendapat saya yang paling besar dengan kerajaan Selangor mengenai penstrukturan air ialah keputusan membayar pampasan keuntungan (disebut ‘equity portion’) kepada

Rozalli (melalui Syabas dan Puncak Niaga) sebanyak RM1.6 bilion, sedangkan nilai kedua-dua syarikat itu adalah hampir muflis."

Beliau mendakwa setelah bertahun-tahun rakyat Selangor sengsara dengan masalah air yang sebahagian besarnya berpunca daripada kelemahan Syabas dan Puncak Niaga, Rozalli menerima ganjaran cukup besar yang akan ditanggung rakyat Selangor. – 25 Julai, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rafizi-nafi-campur-tangan-perjanjian-air-selangor#sthash.68JMTFRG.dpuf
0 Komentar untuk "Rafizi nafi campur tangan perjanjian air Selangor"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI