Khalid hargai sokongan presiden PAS - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Khalid hargai sokongan presiden PAS

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) melahirkan penghargaan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas sokongan supaya beliau terus menerajui kerajaan Selangor sehingga akhir penggal pentadbirannya.

Khalid dalam satu kenyataan hari ini berkata sokongan Hadi terhadapnya dilihat amat bermakna dalam memastikan keperluan negeri Selangor untuk mempunyai suasana politik yang stabil.

Katanya, beliau dan barisan pemimpin negeri akan terus memastikan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat dapat dilaksana menerusi kecemerlangan pentadbirannya menerajui negeri maju itu.

Hadi hari ini mempertahankan Khalid supaya kekal sebagai menteri besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.
Beliau berkata kecemerlangan perkhidmatan Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat.

Katanya alasan pihak yang mahu menukar menteri besar itu adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Khalid tidak terlibat masalah besar.

Baru-baru ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pada Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu. – Bernama, 25 Julai, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khalid-hargai-sokongan-presiden-pas#sthash.vPImhtYd.dpuf
0 Komentar untuk "Khalid hargai sokongan presiden PAS"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI