Fizz Fairuz & Almy Nadia - Jangan fitnah kami! - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Fizz Fairuz & Almy Nadia - Jangan fitnah kami!

PELAKON Fizz Fairuz dan Almy Nadia enggan mengambil pusing selepas sesetengah pihak mempersoalkan usia kandungan Almy yang kini memasuki lima minggu.

Apatah lagi, ada juga yang mempertikaikan mengapa berita gembira itu diumumkan oleh rakan baik isterinya, Aida yang merupakan pemenang pencarian Gadis Melayu TV9 menerusi akaun Instagram dan bukannya daripada mulut mereka sendiri.

"Saya tidak nampak apa masalah andai perkara itu diberitahu oleh orang lain pun. Kami bukan tak nak umumkan tetapi kandungan Almy masih baharu. Lagipun perkara baik buat apa saya nak sorok," ujarnya yang ditemui selepas tayangan Mat Tudung di TGV Wangsa Walk Mall, kelmarin.

Enggan kehamilan terjejas

Bagi Almy, dia tidak mahu terlalu memikirkan isu tersebut kerana khuatir kehamilannya akan terjejas.

"Saya dan Fizz sudah hampir tiga bulan berkahwin. Kandungan pula sudah lima minggu, jadi mereka boleh kira sendiri dan jangan semberono menuduh dan memfitnah kami," katanya.

Ditanya mengenai perubahan selepas hamil, Almy berkata, dia hanya mengalami alahan iaitu muntah-muntah pada waktu malam, namun perubahan lebih ketara berlaku kepada Fizz.

"Sebelum saya tahu saya hamil, saya pelik melihat sikap Fizz yang mudah panas baran dan sekarang ini pun, pantang dicuit sikit dia akan cepat marah-marah.

"Selain itu, Fizz juga yang mengidam. Contohnya, sejak hari pertama berpuasa sampai puasa ketiga Fizz mencari kuih badak berendam dan cuma jumpa kuih tersebut pada puasa keempat.

“Selain itu, dua hari selepas itu Fizz beritahu saya yang dia mahu makan telur itik pula, jadi saya pun masaklah untuk dia," katanya.

Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, selamat bergelar isteri kepada Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, pada 26 April lalu di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang.
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/jangan-fitnah-kami-1.298540
0 Komentar untuk "Fizz Fairuz & Almy Nadia - Jangan fitnah kami!"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI