DAP perlu buktikan kejujuran dengan berhenti mencabar Islam dan hak muslim di Malaysia - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

DAP perlu buktikan kejujuran dengan berhenti mencabar Islam dan hak muslim di Malaysia

BANGI, 4 Julai – DAP perlu membuktikan kejujuran dengan berhenti mencabar Islam dan hak muslim di Malaysia telebih dahulu sekiranya mereka ingin menunjukkan solidariti kepada umat Islam di negara lain.

“DAP kena buktikan kejujuran dengan berhenti mencabar Islam dan hak muslim di Malaysia.

“Mereka tidak perlu berpuasa sebagai solidariti, sebaliknya tunjukkan dengan berhenti mensekularkan Malaysia atau berhenti menentang kedaulatan agama Islam dan bangsa Melayu di wilayah kedaulatan mereka sendiri,” kata Ketua unit kajian perbandingan agama ISMA, Ustaz Shaharuzzaman Bistamam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas seruan Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming semalam yang menyeru masyarakat bukan Islam di negara ini untuk berpuasa selama sehari sebagai tanda solidariti kepada umat Islam di Xinjiang, China yang di larang daripada menunaikan ibadah puasa oleh pemerintah di republik itu.

Soal Ustaz Shaharuzzaman, jika mereka berpuasa sekalipun, apa faedahnya kepada orang Islam di sana? Apa terjejasnya kepada kerajaan China?

“Untuk itu jika mereka benar-benar mahu menjaga daripada dianggap imej anti Islam, maka seharusnya mereka perlu mengukuhkan pendirian untuk menerima Malaysia sebagai negara Islam dan tidak lagi mempertikai hak orang Melayu mahupun perlembagaan.

“Tetapi jika hati mereka masih penuh dengan kebencian dan hasad dengki kepada orang Islam, jangan bercakap perihal solidariti kepada umat Islam,” ujarnya.

http://www.ismaweb.net/2014/07/dap-perlu-buktikan-kejujuran-dengan-berhenti-mencabar-islam-dan-hak-muslim-di-malaysia/
0 Komentar untuk "DAP perlu buktikan kejujuran dengan berhenti mencabar Islam dan hak muslim di Malaysia"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI