Gereja Katolik kecewa mahkamah tolak rayuan kalimah Allah - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Gereja Katolik kecewa mahkamah tolak rayuan kalimah Allah

Gereja Katolik kecewa apabila empat hakim menolak permohonan mereka untuk menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguan mereka, Herald.

"Empat hakim tersebut yang tidak membenarkan permohonan kami bercakap tentang perkara yang tidak menyentuh mengenai hak asasi kumpulan minoriti," kata Ketua Pengarang Herald, Father Lawrance Andrew hari ini, di luar mahkamah.

Beliau berkata, peguam gereja akan mempertimbangkan untuk menyemak semula keputusan tersebut.

Hari ini Mahkamah Persekutuan menolak permohonan rayuan gereja bagi membatalkan pengharaman penggunaan kalimah Allah.
Empat daripada tujuh hakim menolak rayuan permohonan gereja dengan menyatakan Mahkamah Rayuan benar dengan keputusannya mengharamkan perkataan kalimah Allah dalam terbitan mingguan Katolik, Herald.

Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria mengetuai tujuh hakim lain berkata Presiden Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Zulkifli Ahmad Makinuddin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Suriyadi Halim Omar bersetuju agar rayuan tidak dibenarkan.

Tiga hakim lain, Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zainun Ali dan Tan Sri Jefrrey Tan Kok Hwa pula mengatakan rayuan sepatutnya dibenarkan.

Salah seorang peguam gereja, S. Selvarajah berkata meskipun semakan Mahkamah Persekutuan amat jarang dilakukan, namun tindakan itu bakal dipertimbangkan gereja.

"Terdapat peruntukkan untuk penilaian semula tapi amat jarang dilakukan, kita akan pertimbangkannya," katanya kepada pemberita di luar mahkamah.

Mengulas mengenai keputusan itu, Selvarajah berkata peguam gereja percaya terdapat kelemahan dalam pertimbangan empat hakim yang tidak memihak kepada gereja.

"Tiga penghakiman yang menentang pada pandangan kami berada dalam kedudukan betul mengikut perundangan. Kami percaya terdapat kelemahan dalam pertimbangan empat hakim di mana kami akan kaji semula dan memutuskan tindakan seterusnya," katanya.

Pada masa sama Andrew menyelar empat hakim kerana mengulangi apa yang dikatakan di Mahkamah Rayuan.

"Tetapi terdapat tiga hakim berkata dengan jelas mengenai maruah individu, hak dalam minoriti dan mengangkat Perlembagaan Persekutuan," katanya merujuk kepada tiga hakim yang memihak kepada gereja.

"Dengan menegakkan dasar itu, mereka amat dinamik, jelas dan berani ketika melalui kesemua prosedur ‎dan rayuan mahkamah di mana terdapat kesalahan dan kelemahan sepertimana yang ia dibangkitkan," katanya. – 23 Jun, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/gereja-katolik-kecewa-mahkamah-tolak-rayuan-kalimah-allah#sthash.iaAmVl4X.dpuf
0 Komentar untuk "Gereja Katolik kecewa mahkamah tolak rayuan kalimah Allah"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI