Harga minyak naik demi kepentingan kewangan negara - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Harga minyak naik demi kepentingan kewangan negara


KUCHING - Keputusan kerajaan menaikkan harga minyak petrol dan diesel dibuat demi kepentingan kedudukan kewangan negara, kata Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata, keputusan yang dibuat Perdana Menteri itu juga adalah keutamaan tepat untuk mengelakkan masalah kepada kedudukan kewangan negara.

"Kerajaan tidak mempunyai pilihan, daripada kita menghadapi masalah kedudukan kewangan lebih besar, lebih elok kita turunkan subsidi sikit.

"Ini mungkin akan jadi bebanan sikit kepada rakyat, tetapi kalau kedudukan kewangan (negara) keseluruhan terjejas, ia akan merosakkan seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak di bangunan lama Dewan Undangan Negeri (Dun), Petra Jaya hari ini.

Abdul Taib berkata demikian ketika diminta mengulas langkah kerajaan menaikkan harga harga minyak RON95 and diesel naik 20 sen mulai 3 September.  - Bernama

Related Post

  • NASIONAL : JUMAAT 28 OGOS 2009‘Wajarkah saya dipecat’DATUK Seri Dr. Chua Soi Lek menyifatkan kedudukannya kini lebih terukjika dibandingkan dengan kea…
  • POLITIK : JUMAAT 28 OGOS 2009Tee Keat didesak 'berehat sementara'JOHOR BAHRU 27 Ogos - Enam bahagian MCA di negeri ini mendesakPresidennya, Datuk Ser…
  • HIBURAN : AHAD 23 OGOS 2009Sherry selepas kecewaNAMANYA mungkin baru tetapi dia sebenarnya sudah mencipta satu empayaruntuk berada kukuh dalam duni…
  • JENAYAH & MAHKAMAH : JUMAAT 28 OGOS 2009Sorok dokumen jika ada notis awalSHAH ALAM 27 Ogos - Empat invois dan empat surat permohonan sumbangan,pasti tidak akan …
  • GLOBAL : JUMAAT 28 OGOS 2009Khamenei akui tiada buktiTEHERAH 27 Ogos - Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khameneimengakui beliau tidak mempunya…
0 Komentar untuk "Harga minyak naik demi kepentingan kewangan negara"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI