Harga petrol RON97 naik 15 sen seliter - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Harga petrol RON97 naik 15 sen seliter

SHAH ALAM - Selang beberapa hari harga petrol RON 95 dan diesel diumumkan, esok bermula kenaikan secara menyeluruh untuk harga bahan api apabila RON97 turut dinaikan sebanyak 15 sen seliter.

Perkara itu disahkan oleh Presiden Persatuan Pengusaha Petroleum Perak, Lee Chee Seng yang dihubungi satu portal berita hari ini.

Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara naik 15 sen seliter kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter berkuat kuasa malam ini.

Kenaikan itu lebih rendah berbanding peningkatan 20 sen untuk harga diesel dan petrol RON95 yang diumumkan kerajaan semalam.

Harga pasaran RON97 pada kebiasaannya ditentukan secara 'apungan terurus' yang melibatkan perubahan mengikut faktor pasaran dan tidak melibatkan subsidi kerajaan.

Kerajaan menetapkan subsidi sebanyak 63 sen seliter untuk RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Ini merupakan peningkatan harga pertama untuk petrol RON97 selepas harga runcitnya meningkat 20 sen pada Mac lalu.

Harga runcit berkenaan turun 20 sen selepas pilihan raya 5 Mei.

Harga RON97 mencatat paras tertinggi RM3 seliter pada September 2012.

Sementara itu, Pengarah Penguatkuasa Bahagian Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin mengesahkan kenaikan harga bahan api itu ketika dihubungi wartawan Sinar Harian.

http://www.sinarharian.com.my/harga-petrol-ron97-naik-15-sen-seliter-1.198743

Related Post

  • JENAYAH & MAHKAMAH : AHAD 16 OGOS 2009PDRM sedia siasat jika Noordin dapat dana MalaysiaKUALA LUMPUR 15 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia bekerjasama…
  • NASIONAL : SABTU 15 OGOS 2009Beng Hock bunuh diri?SHAH ALAM 14 Ogos - Kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, TeohBeng Hock lebih menjurus kepada …
  • AGAMA : AHAD 16 OGOS 2009Hidup adalah kembaraSAYA tidak suka menulis tentang diri sendiri di ruangan ini. Namunizinkan saya mencoret kali ini sep…
  • GLOBAL : AHAD 16 OGOS 2009Kumpulan radikal isytihar Emiriah IslamGAZA CITY 15 Ogos - Sebanyak 20 orang terbunuh dan sekurang-kurangnya120 lagi ced…
  • RENCANA : AHAD 16 OGOS 2009Barat masih mahu menjajah“Perasaan itu semakin merosot,”. Itulah ucapan yang keluar dari mulutnegarawan Tun Dr. Mahathir…
0 Komentar untuk "Harga petrol RON97 naik 15 sen seliter"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI