http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kesbudakdiderasampaimati_Berdepanhukumangantung/Article/
Ipoh: Seorang suri rumah yang mendera anak perempuannya berusia lima tahun sehingga mangsa meninggal dunia kelmarin, didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh.
Choong Mee Chin, 30, didakwa di depan Majistret Nor Haslinda A Raof, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Ho Yan Hui di ruang tamu rumah mereka di No 19, Laluan Kledang Utara 7, Taman Wang, Menglembu, di sini, kira-kira jam 9 pagi 12 Ogos lalu.
Tiada rekod pengakuan
Mee Chin yang berpakaian lokap berwarna hijau dan berdepan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan, mengaku faham pertuduhan dikenakan. Bagaimanapun mahkamah tidak merekodkan pengakuan sebelum menetapkan kes disebut semula 25 Oktober ini.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amril Johari, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Wanita berkenaan sudah didakwa Selasa lalu, namun ketika itu hanya dikenakan tuduhan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana memukul kepala dan seluruh badan mangsa menggunakan sebatang rotan serta Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mendatangkan cedera parah ke atas mangsa. Dia mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan.
Pertuduhan terbaru semalam dibuat susulan kematian mangsa jam 2.40 petang kelmarin dalam keadaan koma selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Pediatrik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), 14 Ogos lalu.
Otak menanah
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata laporan bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan serius di kepala iaitu otak bernanah dan jangkitan kuman dalam darah.
Bedah siasat mayat mangsa dilakukan di HRPB pada jam 9 pagi dan berakhir 12.40 tengah hari semalam sebelum mayat dituntut bapanya, Ho Kok Peng, 39, yang tiba jam 12.50 tengah hari.
Kok Peng yang kelihatan murung dan tertekan, enggan menemui wakil media yang menunggu di perkarangan bilik mayat HRPB seawal jam 8.30 pagi.

0 Komentar untuk "Kes budak didera sampai mati: Berdepan hukuman gantung"