http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BashartaktakutAS/Article
Moscow: Presiden Syria Bashar al-Assad semalam memberi amaran kepada Washington bahawa campur tangan Amerika di negara itu akan gagal dan menafikan askarnya menggunakan senjata kimia.
Kegagalan menanti Amerika Syarikat, sama seperti perang sebelum ini bermula dengan Vietnam hingga sekarang, katanya dalam satu temuramah dengan akhbar harian Russia, Izvestia yang dibuat di Damsyik.
Assad berkata, tentera kerajaan Syria berada berhampiran kawasan di pinggir di Damsyik ketika askar pemberontak menuduh mereka melepaskan gas saraf minggu lalu.
Adakah munasabah askar kerajaan menggunakan bahan kimia atau senjata pemusnah sedang mereka sendiri berada di kawasan itu?
Dianggap bermotif politik
Jadi dakwaan bahawa penggunaan senjata kimia oleh tentera kerajaan sebenarnya hanya bermotif politik berikutan beberapa kemenangan besar tentera kerajaan ke atas pengganas, katanya merujuk kepada pertempuran dengan pemberontak yang sudah menjangkau dua tahun.
Assad juga menyifatkan dakwaan penggunaan senjata kimia sebagai tidak berasas dan mengarut.
Beliau menegaskan Amerika Syarikat, Britain dan Perancis sejak sekian lama mahu melaksanakan campur tangan tentera ke atas Syria.
Ambil sampel mangsa
Sementara itu, pemeriksa senjata kimia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Syria, menemui dan mengambil sampel daripada mangsa yang dipercayai terkena gas beracun di kawasan yang dikuasai pemberontak di pinggir Damsyik, Isnin lalu.
Seorang doktor tempatan dari bandar Mouadamiya berkata, pemeriksa PBB sudah memasuki pusat bandar yang dikuasai tentera Presiden Bashar al-Assad. PBB berkata tembakan menyebabkan sebuah kenderaan rosak tetapi tiada nyawa terkorban.
Russia sekutu rapat
Saya bersama pasukan itu sekarang. Kami berada di Masjid Rawda dan bertemu dengan mangsa yang cedera. Pasukan perubatan dan pemeriksa menemuramah pesakit dan mengambil sampel daripada mereka, kata doktor berkenaan yang dikenali sebagai Abu Karam.
Russia adalah sekutu antarabangsa paling rapat Assad ketika konflik dan terbabit membekalkan askar dengan itu dengan senjata, selain mengekalkan tekanan ke atas Amerika Syarikat supaya tidak meningkatkan sekatan ke atas Damsyik.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov dalam satu kenyataan, memberitahu Setiausaha Negara John Kerry menerusi telefon kelmarin bahawa Moscow amat bimbang dengan sebarang kemungkinan tindakan dan campur tangan tentera Amerika ke atas Syria.
REUTERS

0 Komentar untuk "Bashar tak takut AS"